Saturday, 9 March 2013

Khasiat Taugeh Untuk Kesihatan Diri

Taugeh merupakan antara sebahagian dari sayuran yang terdapat dalam bahan masakan seperti dalam masakan mee goreng, kuew tiaw goreng, sayuran campur dan lain-lain lagi. Namun Tidak semua orang menggemari   taugeh. Tetapi bagi yang menggemarinya, tentu anda gembira apabila mengetahui taugeh mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan termasuk untuk awet muda. Berikut merupakan khasiat taugeh:
1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Lebih Muda
Taugeh juga  padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

5 comments:

  1. hihi...nanti cik akak makan taugeh banyak2..hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. like this..kne mkn sbb bnyak khasiat..sy pn bru tau..haha

      Delete
  2. owhhh nilah kot antara slh satu punca akk nmpk mcm budak2(nk sebut awet muda segan) he3...akk mmg sukakan taugeh,mlm td lak smbl blogwalking tengek maggi kari tumis bwg,campak taugeh n telur perghhh ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mmang kne amalkn la ni jwbnyer..akk pn kire dh cm testimonial ni..haha

      Delete
  3. info yg baik...thanks...:)

    ReplyDelete