KUALA TERENGGANU - “Sehingga ke saat ini, saya masih lagi tertanya-tanya siapakah pemuda bersama kayaknya yang membantu menaikkan arwah abang, adik dan anak saudara saya ke persisir pantai.
“Tidak cukup dengan itu, pemuda berusia lingkungan 20-an itu turut menyelamatkan saya dan adik-beradik lain dengan menghulurkan pendayung kayaknya serta membaling jaket keselamatan kepada salah seorang daripada kami dan selepas semuanya selamat, pemuda itu hilang,” demikian cerita Mohd Iqbal Mohd @ Harun, 45, kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kolam, Kuala Ibai, di sini, semalam.
Mohd Iqbal adalah salah seorang mangsa tragedi lemas di Pantai Chendering (belakang Sekolah Kebangsaan Chendering), di sini, kelmarin, yang meragut nyawa abang sulungnya, Saifuddin, 49, adiknya, Mohd Hafiedz, 34, dan anak saudaranya, Mohd Adam Daniel Mohd Hafiedz, 7.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu juga, seorang lagi adik dan iparnya, Burhanuddin Helmi, 43, dan Ahmad Idzaham Tayyib, 41, yang turut lemas, berjaya diselamatkan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Menurutnya, dia bersama enam adik-beradiknya dengan membawa keluarga masing-masing iaitu seramai lebih 25 orang datang ke pantai berkenaan untuk berkelah sempena cuti sekolah.
Jelasnya, sebelum kejadian, mereka sedang bermain bola pantai sebelum dikejutkan dengan berita daripada orang awam di situ yang memaklumkan ada ‘budak’ lemas.
“Ketika itu, saya langsung tidak tahu ‘budak’ yang dimaksudkan itu adalah anak saudara saya sendiri iaitu Mohd Adam Daniel, jadi kami beramai-ramai terus bergegas untuk membantu, namun dalam usaha membantu itulah baru kami tahu ‘budak’ itu adalah darah daging sendiri.
“Sejurus mengetahui ‘budak’ itu adalah anaknya, adik Mohd Hafiedz nekad terjun menyelamatkan mangsa diikuti oleh abang, Saifuddin, bagaimanapun mereka gagal disebabkan keadaan ombak yang agak kuat,” katanya.

Menurutnya, dia bersama adik-beradik lain turut berusaha menyelamatkan ketiga-tiga mangsa, namun mereka turut sama-sama hampir lemas sebelum diselamatkan oleh ‘pemuda kayak’ tersebut.
Jelasnya lagi, semasa ketiga-tiga mangsa dinaikkan ke darat, mereka dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ dan dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan.

Mohd Iqbal dan ketiga-tiga arwah adalah anak dan cucu kepada Ketua Keselamatan Pas Terengganu, Mohd@ Harun Jusoh, bekas wakil rakyat Pas, yang juga pernah menjadi Adun Bandar pada pilihan raya umum 1990.
Arwah Mohd Hafiedz, anak kelapannya adalah Setiausaha Kerja Majlis Tindakan Dun (MTD) Batu Burok yang baru bertugas sejak hampir dua bulan lalu dan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas kawasan Kuala Terengganu.

Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment