Tuesday 26 March 2013

Rakyat Malaysia ambil lebih garam



KAKITANGAN Kementerian Kesihatan, Nur Raishah Najid menunjukkan satu sudu kecil garam pada Kempen Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2013 di Putrajaya semalam.
 
 

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia secara puratanya mengambil sebanyak 8.7 gram garam sehari iaitu 1.7 kali ganda lebih tinggi berbanding yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kajian yang dijalankan Institut Kesihatan Umum pada tahun lepas menunjukkan rakyat negara ini mempunyai kandungan garam melebihi paras yang disyorkan iaitu lima gram ataupun satu sudu teh sehari.

"Dalam kajian yang sama turut didapati kicap soya merupakan makanan yang mengandungi kandungan garam yang paling tinggi iaitu kira-kira 0.57 gram dan kuantiti tersebut belum termasuk jumlah garam dalam makanan lain yang diambil seseorang dalam tempoh sehari," katanya.

pirateman : Jangan asyik kurangkan gula tapi lupa pasal garam. Garam yang berlebihan juga boleh mendatangkan penyakit pada kita. sama-samalah kita mengurangkan garam dalam masakan ;)

No comments:

Post a Comment