TELUK INTAN - “Saya tengok sendiri macam mana penjenayah pukul ayah dengan batang paip dan seterika, mereka cekik dan menjerut leher ayah dengan tali pingang sehingga ayah tidak sedarkan diri,” luah Nor Farah Izzati Mohd Suhaili.
Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu adalah anak kepada Mohd Suhaili Abd Salim, 27, yang maut dibelasah empat penjenayah di dalam satu kejadian awal pagi semalam, di kediamannya di Kampung Sungai Badak, Ulu Dedap, Mukim Kota Setia, dekat sini.
Masih trauma dengan apa yang berlaku kepada bapanya, Nor Farah Izzati yang juga murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Sungai Renggam, Ulu Dedap, kelihatan masih terkejut dan menitiskan air mata setiap kali bertanyakan mengenai kejadian tersebut.
“Saya melihat mereka sangat kejam dan saya berdoa kepada ALLAH agar mereka ditangkap dan dijatuhi hukuman setimpal dengan tindakan mereka membunuh ayah saya,” katanya.
Ciuman terakhir suami
Sementara itu, isteri mangsa, Masitah Zamri, 26, tidak menyangka ciuman daripada arwah sebelum tidur malam kejadian adalah yang terakhir buat selama-lamanya.
Katanya, aksi 'flying kiss' arwah suami yang keluar malam sebelum kejadian itu juga tidak disangka petanda suaminya itu pergi meninggalkan mereka anak beranak beranak untuk selama-lamanya.
Menurutnya, walaupun perbuatan itu adalah perlakuan biasa arwah namun dia langsung bersangka pelik ketika itu.
Masitah berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, dia bersama suami dan anaknya Nor Farah Izzati, sedang nyenyak tidur di bilik pertama sebelum dikejutkan bunyi pintu bilik ditendang.
“Sebaik sedar kami dikejutkan dengan kehadiran empat lelaki bertopeng dengan dua daripada mereka bersenjatakan masing-masing sebilah parang dan paip hitam muncul di hadapan kami.
“Sebaik lihat kehadiran mereka, arwah bertindak untuk melawan keempat-empat penjenayah namun arwah tidak berdaya sebaliknya penjenayah bertindak mengikat kedua-dua kaki dan juga tangan arwah dan saya di belakang manakala Nor Farah diikat tangan di bahagian hadapan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Masitah berkata, penjenayah berkenaan memukul dengan batang paip dan seterika eletrik setiap kali arwah cuba melawan malahan mereka juga menyumbat seluar arwah ke dalam mulut sebelum memukulnya.
Katanya, pada masa yang sama penjenayah itu turut mencekik leher suami di hadapannya dan anaknya tanpa belas kasihan sehingga arwah rebah di atas lantai tanpa sedarkan diri.
Katanya, dia merayu agar arwah tidak diapa-apakan dan meminta penjenayah berkenaan mengambil semua barang kemas yang dipakai, namun mereka tak peduli jugak.
Menurutnya, sebaik arwah terbaring tanpa sedarkan diri, penjenayah segara mengambil semua barang kemas yang dipakai termasuk seutas rantai emas, sapasang subang emas, sepasang rantai kaki, sebentuk cincin emas dan dua telefon bimbit.
“Mereka melarikan diri bersama kereta Proton Waja milik suami sebelum saya berjaya membuka ikatan dan memberitahu kejadian kepada bapa mentua yang kemudiannya menghubungi polis,” katanya.
Mangsa cuba selamat nyawa ahli keluarga
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd Suhaili Abdul Salim, 27, maut selepas mengalami kecederaan parah akibat dibelasah kumpulan lelaki terbabit.
Menurutnya, empat lelaki dipercayai warga asing bertopeng dan bersenjatakan parang serta pemotong besi bertindak memasuki rumah mangsa yang ketika itu sedang tidur bersama isteri dan anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun.
“Kumpulan penjenayah terbabit dipercayai menendang pintu bilik mangsa sehingga menyebabkan mereka sekeluarga tersedar dari tidur.
“Demi keselamatan isteri dan anak, mangsa cuba melawan mereka namun dipukul tiga daripada suspek menggunakan besi dan seterika.
“Malah, mangsa turut diikat di mulut dan muka sebelum kumpulan penjenayah terbabit bertindak menggeledah rumah berkenaan,” katanya, semalam.
Mohd Shukri berkata, sejurus kumpulan penjenayah terbabit melarikan diri, isteri mangsa meleraikan ikatan tangan dan segera memeriksa keadaan suaminya.
“Isterinya mendapati mangsa sudah tidak bergerak dan segera menghubungi ambulan untuk mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus bantuan tiba,” katanya.
Katanya, hasil siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kumpulan terbabit berjaya melarikan sebuah kereta model Proton Waja nombor pendaftaran WJV1342, dua telefon bimbit dan barangan kemas.
“Selain itu, melalui siasatan tersebut kita mendapati tiga daripada suspek mempunyai bentuk badan sederhana manakala seorang lagi mempunyai fizikal yang kurus,” ujarnya.
Beliau berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sumber : Sinar Harian
siapa2 pun akan trauma kalau macam ni...saya pun trauma...
ReplyDeletekejamnya.... :'(
ReplyDeleteEeee jahatnyaaaa!!!!
ReplyDelete