Tuesday 18 December 2012

Shila Amzah Akui Buat Silap, Sharnaaz Lamar Jadi Isteri

Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad
PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah tidak menyangka gurauannya ketika menjadi penyampai anugerah pada Anugerah Planet Muzik (APM2012) yang berlangsung di Max Pavilion, Singapura, pada Sabtu lalu telah mengundang salah faham terhadap kekasihnya Sharnaaz Ahmad.
Shila berkata, gurauannya dengan mengatakan kekasihnya itu mungkin cemburu melihat dia berduet dengan penyanyi Singapura, Taufik Batisah bukanlah dengan niat untuk memperkecilkan Sharnaaz.
"Selepas saya berbincang dengan abah (ND Lala), katanya gurauan seperti itu tidak patut saya ungkapkan secara umum, apatah lagi ia merupakan acara siaran langsung.
"Walaupun perkara itu hanyalah gurauan, tetapi ia telah dilihat daripada sudut berbeza setiap penonton. Maka saya akui dengan kesalahan itu.
Sharnaaz menegur Shila menerusi Twitter selepas wanita itu terlepas cakap dalam APM2012.
"Saya dan Sharnaaz tidak mempunyai sebarang masalah selepas kejadian itu kerana kami sudah pun berbincang mengenainya," katanya.
Shila ditemui pada sidang akhbar Konsert Shila Amzah sempena Gala Amal Pamoga-Gaza di Hotel One World dekat sini, Isnin.
Kata-kata Shila pada acara APM2012 itu menyebabkan Sharnaaz kurang senang sehingga membuatkan dia memuat naik entri Twitter yang agak kasar terhadap Shila pada malam Ahad.
Bagaimanapun kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin, Sharnaaz telah memadam entri tersebut dan mendakwa terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menceroboh akaun Twitter miliknya itu.
Shila mengesahkan Sharnaaz telah melamarnya. Bagaimanapun entri ini telah dipadamkan beberapa jam selepas ia dimuat naik pada Isnin kira-kria pukul 7.30 malam.
Ditanya, adakah Shila terasa dengan mesej-mesej Sharnaaz tersebut penyanyi itu enggan mengulas mengenainya.
"Saya rasa perkara ini tidak perlu dipanjangkan kerana ia sudah pun selesai. Apa yang ditulis Sharnaaz dalam Twitter, saya tidak akan komen," katanya.
Sementara dalam perkembangan lain Shila mengesahkan Sharnaaz telah melamarnya untuk dijadikan isteri.
Perkara itu disahkan Shila dalam Twitter miliknya yang dimuat naik kira-kira pukul 7.30 malam Isnin tetapi telah dipadamkan tidak lama kemudian.
Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen terbaharu itu tidak kesampaian apabila pasangan tersebut tidak menjawab panggilan telefon.
Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment