Friday 21 December 2012

ND Lala larang Shila komen isu peribadi


Shila Amzah
Shila Amzah












BARU beberapa bulan penyanyi Patah Seribu ini meniti kejayaan, sudah ada berita kurang sedap yang didengar berhubung kisah cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Susulan cerita yang mengaitkan hal peribadi Shila Amzah itu, bapanya tampil mengeluarkan kenyataan di fanpage atas nama ‘Shylla’, semalam.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah tidak mahu Juara Asian Wave itu memberi sebarang kenyataan berhubung berita kurang sedap itu.

“Saya tidak mahu Shila memberi apa-apa ulasan buat masa ini. Saya melihat, memberi tumpuan untuk mengangkat nama baik negara adalah lebih penting dan berfaedah daripada memberi tumpuan terhadap hal yang bersifat peribadi.

“Sila beri tumpuan dan buat persiapan yang rapi untuk ke Miami, Amerika Syarikat,” katanya.

ND Lala memberitahu, Shila dicalonkan dalam dua kategori persaingan World Music Awards 2012 iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012 yang bersaing dengan penyanyi antarabangsa lain seperti Beyonce, Jennifer Lopez, Jason Mraz dan Jay Chou.

“Ini merupakan sejarah dan pengiktirafan bagi negara dan industri muzik kita di mata dunia,” katanya.

Dalam pada itu, ND Lala berpendapat perkongsian hal peribadi adalah tidak wajar.

“Bagi saya, perkongsian hal peribadi yang boleh ditatap oleh orang lain adalah tidak wajar,” katanya.
Pada malam Anugerah Planet Muzik 2012 itu, Shila sempat bergurau mengatakan Sharnaaz merajuk berikutan dirinya berduet dengan penyanyi Singapura, Taufik Batisah.

Susulan kenyataan itu, beberapa status kurang manis dikemas kini Sharnaaz di akaun Twitter.

Status itu sudah pun dipadam.

Namun, Sharnaaz meminta maaf dan mendakwa akaun Twitternya telah digodam.
“Maaf kena godam. Maaf ya kawan-kawan,” tulisnya, Ahad lalu.

Shila pula menulis, “ia hanya gurauan tentang apa yang saya sebut semalam (15 Disember) tentang abang (Sharnaaz) yang dia cemburu dan sebagainya... Sha harap orang tidak membesar-besarkan hal ini.”

Kemudian, Shila menulis lagi, “abang selalu baik dengan saya... Sha sedih sangat orang suka buat spekulasi sendiri... tidak adil untuk saya dan Sharnaaz Ahmad.”

Shila telah berangkat ke Miami malam tadi untuk membuat persembahan World Music Awards 2012 yang bakal berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat, Sabtu ini.
Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment