Monday 17 December 2012

'Masih takuk lama'


pix_gal0

Zolkples anggap Harimau Malaya gagal tunjuk keserasian mantapKuala Lumpur: Andai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 'masih menaruh kepercayaan' ke atas Datuk K Rajagobal mengendalikan skuad kebangsaan, kenyataan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong semalam harus mendesak badan induk berkenaan berfikir semula! 

Mengenai prestasi pasukan, saya dapati tidak banyak perubahan berlaku berbanding Thailand, Singapura, Vietnam atau Myanmar yang menunjukkan peningkatan ketara," Datuk Seri Zolkples Embong, Ketua Pengarah MSN

Seperti majoriti peminat bola sepak negara, nada Zolkples sama apabila menyifatkan prestasi keseluruhan skuad Harimau Malaya yang gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF selepas tewas 3-1 kepada Thailand di separuh akhir, tidak banyak perubahan dan masih berada di takuk lama.

Menurutnya, kebanyakan pemain yang dipilih adalah barisan lama ketika menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki 2010 tetapi apa yang mengecewakan mereka gagal menunjukkan keserasian sebagai satu pasukan mantap meskipun sudah hampir tiga tahun bersama. 

“Saya tidak mahu mengulas sama ada Rajagobal perlu dikekalkan atau tidak kerana ia di bawah kuasa FAM. Tetapi mengenai prestasi pasukan, saya dapati tidak banyak perubahan berlaku berbanding Thailand, Singapura, Vietnam atau Myanmar yang menunjukkan peningkatan ketara.
“Pasukan kita dibarisi pemain lama, sepatutnya mereka jauh lebih meningkat tetapi tidak banyak yang dapat dilihat padahal mereka banyak menerima kemudahan latihan dan pendedahan terutama di peringkat antarabangsa,” kata Zolkples ketika dihubungi semalam. 
Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment