Friday 14 December 2012

Impian Malaysia mara ke final Piala Suzuki AFF berkecai






REAKSI Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) bersama ratusan peminat bola sepak ketika menyaksikan perlawanan Malaysia-Thailand di Setiawangsa malam ini.


BANGKOK: Impian Malaysia untuk melangkah ke final Piala Suzuki AFF berkecai sebentar tadi selepas kecundang 0-2 kepada Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai di sini.

Kedua-dua gol tuan rumah dijaringkan pada babak separuh masa kedua menerusi T Dangda pada minit ke-61 dan diikuti T Bunmathan pada minit ke-65.  Thailand mara ke final dengan agregat 3-1.

Malaysia gagal memecah kebuntuan untuk merapatkan jurang lebih-lebih lagi apabila terpaksa bermain dengan 10 orang.

Biarpun cuba mengasak sehingga minit-minit akhir perlawanan ternyata semua itu sudah terlambat buat skuad bimbangan Datuk K Rajagobal.

Sebelum ini, Malaysia dan Thailand seri 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment