Monday 17 December 2012

La Liga: Peluang makin tipis, kata Mourinho



Reaksi Jose Mourinho ketika persaingan Real Madrid menentang RCD Espanyol, semalam. - Foto EPA
Reaksi Jose Mourinho ketika persaingan Real Madrid menentang RCD Espanyol, semalam. - Foto EPA













PENGURUS Real Madrid, Jose Mourinho menyifatkan peluang pasukannya untuk mengekalkan kejuaraan La Liga semakin tipis berikutan hanya seri 2-2 dengan Espanyol awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Barcelona pula semakin mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu liga selepas mencatatkan kemenangan ke-15 kelab itu membelasah Atletico Madrid 4-1.

Dengan keputusan ini, Madrid kini di tangga ketiga - keciciran 13 mata di belakang Barcelona yang mengungguli tangga teratas dengan meraih 46 mata selepas mengharungi 16 perlawanan setakat ini.

Mourinho berkata: “Kejuaraan liga kini semakin mustahil."

"Ini kali pertama saya dalam situasi seperti ini apabila pasukan saya masih berada dalam kedudukan yang jauh untuk mencapai objektif.

“Tiga belas mata adalah jarak yang jauh dan apa yang penting kita terus bermain dan jangan memikirkan untuk di tempat pertama, kedua atau ketiga," katanya.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment