Monday 17 December 2012

Corinthians juara Piala Kelab Dunia, atasi Chelsea



Corinthians

Paolo Guerrero (kanan) meraikan gol kemenangan mengatasi Chelsea FC pada final Piala Kelab Dunia Fifa di Yokohama, hari ini. - Foto EPA













GERGASI Amerika Selatan, Corinthians muncul juara Piala Kelab Dunia Fifa setelah menewaskan penyandang Liga Juara-Juara Eropah, Chelsea 1-0 pada aksi final yang berlangsung di Yokohama, Jepun sebentar tadi.
Corinthians memperoleh gol kemenangan menerusi Paolo Guerrero pada minit ke-69.
Chelsea tidak pernah menjulang sebarang gelaran dalam kempen ini, namun bagi Corinthians, kali terakhir memenanginya adalah pada 2000 menewaskan kelab senegara, Vasco da Gama.
Kegagalan Chelsea ini menunjukkan pengurus sementaranya Rafael Benitez yang baru sebulan mengemudi kelab itu gagal membawa berita baik kepada pengurusan dan peminatnya.
Kelab England itu terpaksa menghabiskan baki perlawanan separuh masa kedua dengan 10 pemain apabila Gary Cahill dibuang padang kira-kira 18 minit selepas gol Guerrero.
 sumber : Sinar harian

No comments:

Post a Comment