Thursday 20 December 2012

Pelajar maut tersepit di piring penggerak traktor

TELUK INTAN - Seorang pelajar maut selepas terjatuh dan tersepit di piring penggerak traktor di tengah sawah padi Parit 2, Sungai Rambai, Mukim Sungai Manik di sini hari ini.
Mohd Hishamudin Mohd Najiri, 14, anak ketiga daripada lima adik-beradik adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai, dekat sini.
Menurut rakannya, Mohd Faiz Talib, 17, mangsa terjatuh ketika cuba memandu traktor tersebut pada kira-kira 2.30 petang.
Mohd Faiz kemudian menghubungi abangnya Razali Talib, 43, yang juga pemilik traktor itu melalui telefon bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
Menurut Razali, beliau terus berkejar ke tempat kejadian dan mendapati sebahagian badan sebelah kiri mangsa cedera parah akibat tersepit di piring penggerak traktor tersebut dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.
"Saya kemudiannya menghubungi polis yang datang ke tempat kejadian dan mayat telah dihantar ke Hospital Teluk Intan," katanya ketika ditemui di sini.
Jenazah Mohd Hishamudin dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Parit 1, Chenderong Balai.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supt Mohd Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan. - Bernama
Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment