Saturday 11 May 2013

Mahu tanam mayat Cinnang


Klang: Penyodok tanah yang ditemui polis berhampiran mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, mungkin petunjuk jelas dua suspek yang ditahan mahu menanam kanak-kanak itu.
Ahli keluarga terdekat mangsa yang mahu dikenali sebagai Al-Naziz, 19, berkata ada penduduk melihat dua suspek terbabit membawa peralatan itu di kawasan padang, tidak jauh dari mayat mangsa ditemui di Jalan Batu Nilai 1E, Bukit Tinggi, di sini. 
“Saya dimaklumkan beberapa penduduk melihat dua lelaki itu membawa penyodok di kawasan padang berkenaan,” katanya.

Suspek berusia 19 dan 24 tahun itu dipercayai membawa mayat Nur Amyliana atau lebih mesra dengan panggilan Cinnang menggunakan sebuah kereta bagi mengelakkan perbuatan mereka membunuh mangsa diketahui orang ramai.
Foto
SHAHRIZAT (tengah) melawat ibu mangsa Acha Kusain (kanan) di rumah mereka di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Namun, hasrat untuk menanam mangsa terpaksa dilupakan apabila kawasan berkenaan menjadi laluan orang ramai dan dalam keadaan terdesak mereka hanya meninggalkan mayat mangsa di atas jalan di kawasan lapang berkenaan sebelum melarikan diri.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment