Thursday 2 May 2013

HARI PEKERJA PALING MALANG

“Bukan mudah untuk melupakan Hari Pekerja kali ini,” kata R Muthammah, 49, selepas lima anggota keluarganya terkorban dalam kemalangan di Kilometer 17.9 Lebuhraya Utara-Selatan di Kulaijaya, dekat sini, semalam.


Kemalangan berlaku pada jam 4 petang apabila kereta Honda Accord yang dinaiki enam beranak terbabas sebelum merempuh tiang papan tanda. 

Mereka yang terkorban ialah R Gita, 43, R Selvarani, 46, P Pavayamal, 65, G Vignish, 19, dan A Akash, 7, manakala seorang lagi mangsa, G Vinithaa, 16, parah dan menerima rawatan di Hospital Pakar Johor.


Gita adalah adik ipar Muthammah manakala Pavayamal adalah ibu Gita, Selvarani (kakak), Vignish dan Vinithaa (anak) dan Akash pula anak saudara wanita itu.

Muthammah berkata, dia amat sedih dan terkejut dengan kematian semua mangsa kerana kelmarin mereka baru berkumpul di rumahnya di Taman Pulai Utama, Skudai, bagi meraikan majlis hari lahirnya yang ke-49.


Foto
AHLI Bomba dan Penyelamat menggunakan alat khas untuk mengumpil pintu bagi membawa mangsa keluar. FOTO Zain Ahmed

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment