Saturday, 2 March 2013

ND Lala, Shila Kunci Mulut Kontroversi Hilang, Sharnaaz

Shila bersama ibu dan bapanya ditemui di majlis kesyukuran dan sidang media khas, malam tadi. Kredit foto Faisol Mustafa.Shila bersama ibu dan bapanya ditemui di majlis kesyukuran dan sidang media khas, malam tadi. Kredit foto Faisol Mustafa.
Penyanyi terkenal era 80-an, ND Lala, yang juga merupakan bapa kepada penyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah bertegas tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu kehilangan Shila serta apa saja perkara yang berkaitan dengan kontroversi yang membabitkan anak perempuannya itu dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
Dalam satu sidang media khas yang diadakan di rumahnya di Hulu Langat, semalam, ND Lala, 52, atau nama sebenarnya Amir Hamzah berkata, dia memohon agar tiada sebarang pertanyaan yang membabitkan isu kehilangan Shila yang berlaku Februari lalu mahupun mengenai bekas teman lelaki anaknya itu. Sebaliknya meminta agar media hanya mengemukakan soalan tentang kerjaya seni dan topik lain hanya akan dijawab selepas pulang dari menunaikan umrah.

ND Lala turut memberitahu kes kehilangan anaknya tempohari itu kini dalam proses siasatan. Justeru dia tidak mahu mengulas apa-apa kerana bimbang akan menganggu siasatan pihak polis.

"Sidang media hari ini tiada kaitan dengan pihak lain. Lagipun kami telah menyerahkan kepada pihak polis dan sekarang ini ia dalam proses siasatan. Saya dinasihatkan tidak mengulas apa-apa tentang perkara itu selagi ia dalam siasatan selepas laporan polis berhubung kes kehilangan Shila tempohari. Jadi tidak wajar dan tidak sesuai untuk diperkatakan di sini. Saya harap semua faham.

"Sebaliknya tujuan sidang media malam ini (semalam) bagi memberi gambaran jelas mengenai perjalanan karier Shila selepas pulang dari umrah dalam dia mencapai kejayaan sebagai penyanyi bertaraf lima bintang di peringkat antarabangsa, kelak", katanya sewaktu sidang mdia berkenaan sambil diperhatikan Shila yang duduk di sebelahnya.

Pun begitu, mengulas mengenai apa yang berlaku, ND Lala menyifatkan ia adalah satu dugaan terbesar sebagai seorang anak seni ketika Shila berada di kemuncak kerjayanya dan hanya berserah kepada Allah menentukan segalanya.
"Shila anak yang baik, seorang yang kuat bekerja dan yakin dengan apa yang dia lakukan. Banyak cabaran yang terpaksa dia tempuhi. Apa yang terjadi padanya tak mustahil berlaku juga pada orang lain. Bezanya dia adalah selebriti dan sentiasa diperhatikan. Itu harga yang perlu dibayar iaitu diperhatikan", katanya.
Kredit foto Faiol MustafaKredit foto Faiol Mustafa
Sementara itu, pihak media cuba mendapatkan kenyataan daripada tuan empunya badan sendiri, Shila mengenai dakwaan dia melarikan diri juga kehidupannya kini selepas berpisah dengan Sharnaaz.

"Saya bukan lari. Tetapi saya mencari diri saya. Selama ini apa saja keputusan yang saya buat, saya sering memikirkan tentang orang lain. Sepanjang hidup saya, saya lebih memikirkan tentang orang lain. Tapi sekarang saya nak move on. Fokus saya sekarang pada kerjaya.

Menjawab mengenai ada pihak yang mendakwa tindakannnya memuat naik video dia menyanyikan lagu Ombak Rindu di Youtube sewaktu hilang tempohari dilihat seolah-olah sengaja meraih simpati dan mencari publisiti murahan.

"Tentang video Ombak Rindu itu, sebetulnya saya muat naik khas untuk ibu bapa saya. Saya tidak ambil pusing apa yang orang lain kata tentang saya. Tapi saya minta maaf kalau ada pihak yang kurang senang dengan tindakan saya itu.

Tidak cukup dengan itu, ada pula dakwaan mengatakan Sharnaaz pernah menumbuk Shila, bagaimanapun pelantun Patah Seribu itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Mengenai sejauh mana kesahihan dakwaan, kononnya bapanya ada menerima surat ugutan daripada Sharnaaz yang mengatakan, sekiranya berlaku apa-apa kepada Shila, Sharnaaz sanggup membunuh ND Lala. Shila dalam reaksi tenang terdiam seketika dan berkata,

"Saya tidak mahu berkata apa-apa tentang perkara itu. Adalah lebih baik kalau saya tidak bercakap apa-apa",

Manakala satu lagi dakwaan yang timbul, aktor kelahiran Pulau Pinang itu telah memaksa Shila mendahulukan wangnya untuk membeli sebuah kereta yang bukan sikit-sikit harganya, 

"Itu juga saya tidak mahu ulas. Lebih baik saya tak cakap apa-apa", ujarnya.
Sumber : malaysiandigest.com
Reply To This Comment

Shila Bakal Menetap di Shanghai, Buat Konsert di New York

..
Tekad mahu melupakan segala kontroversi yang menghimpit dirinya beberapa bulan lalu, juara Asian Wave 2012, Shila Amzah kini bersedia membuka langkah baru bagi mengukuhkan karier seninya terutama di tanah besar China. Sekaligus mencapai impian bergelar artis lima bintang di persada muzik antarabangsa. Justeru banyak perancangan yang telah diatur oleh bapanya, ND Lala bersama pengurusannya, Shanghai Media Group (SMG) untuk gadis berusia 23 tahun itu.
"Banyak perancangan yang diatur selepas pulang dari menunaikan umrah dan Shila merupakan artis pertama yang menandatangani kontrak selama enam tahun bersama Shanghai Media Group (SMG). Shila juga telah dilantik sebagai Duta Persahabatan negara Malaysia dan China pada Januari lalu," kata ND Lala dalam satu media khas yang diadakan di rumahnya bertempat di Hulu Langat.

ND Lala menjelaskan sekembalinya mereka sekeluarga daripada menunaikan umrah nanti, Shila akan berangkat ke China dan menetap di Shanghai selama sekurang-kurangnya enam bulan. Ini bagi membolehkan Shila menguasai sepenuhnya bahasa Mandarin dan mengikuti segala aktiviti yang telah disusun oleh pihak pengurusannya di sana.

"Bermula April depan Shila akan menetap di Shanghai. Dalam tempoh masa sekurang-kurangnya enam bulan Shila yang akan ditemani ibunya bakal sibuk dengan proses rakaman album Mandarin dan membuat persembahan di sana. Di samping itu Shila juga perlu menguasai bahasa Mandarin dengan lebih baik.

"Setiap hari selama lapan jam Shila akan menjalani latihan mempertingkatkan vokal selain mengikuti latihan fizikal bagi mempertingkatkan staminanya.

"Tumpuan diberikan untuknya mempersiapkan diri bergelar superstar. Nak jadi superstar ni bukan senang. Kita prepare for the best, ready for the worst. Saya percaya dengan semangat dan jati diri yang ada dalam dirinya, dia boleh berjaya sekaligus mengharumkan nama Malaysia ke persada muzik dunia", tambah ND Lala lagi.
..
Lebih membanggakan buat ayah dan ibu penyanyi itu sekaligus rakyat Malaysia kerana Shila bersama beberapa artis hebat negara China akan mengadakan konsert jelajah di Amerika. Destinasi pertama,  Shila akan membuat konsert di Lincoln Center New York, Amerika Syarikat pada 30 Mac ini. Pelantun Patah Seribuitu sekaligus menjadi artis pertama Malaysia yang akan membuat persembahan di arena berprestij dunia, itu. Kemudian dia juga akan mengadakan konsert di Las Vegas pada 6 April depan dan kemungkinan besar, di California.

"Selama 3 minggu kami akan berada di Amerika Syarikat. Selain konsert jelajah, Shila juga berpeluang berkolaborasi dengan artis popular Hollywood.

Pihak kami sedang merancang untuk mengembangkan lagi kerjaya seni Shila di Jepun dan Korea. Malah sudah ada satu syarikat yang menawarkan Shila untuk mengikuti kursus di sana. Dengan segala perancangan ini, kita beri masa selama setahun kepada Shila untuk menimba pengalaman dan pembelajaran.

"Saya percaya, selepas setahun nanti tidak mustahil Shila akan menjadi artis yang namanya melebihi artis hebat seperti Tata Young. Malah saya difahamkan orang-orang di negara China sangat mengangumi cara dan gaya Shila membawakan lagu-lagu Mandarin. Dia seorang yang sangat unik dan luarbiasa", kata Pengurus Besar Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn Bhd (PRISM), Ong Peng Chu yang turut bertindak membantu menguruskan kerjaya Shila bersama SMG.

Selain itu Shila juga baru saja menubuhkan syarikatnya Shila Amzah Entertainment Berhad yang mana syarikat tersebut bertindak menguruskan apa juga yang berkaitan dengan kerjayanya di Malaysia, di Hong Kong dan Los Angeles.

Tumpuan tidak hanya diberikan diluar negara, sementara buat peminat-peminat Malaysia, Shila memaklumkan dia bakal merelease album terbarunya pada Mei depan.

"Alhamdulillah saya bersyukur. Dengan segala aktiviti yang telah diatur untuk saya, ia memang merupakan satu tanggujawab yang berat. Tapi saya ambil itu sebagai cabaran. Saya sentiasa nak memperbaiki diri saya. Saya bersedia untuk jalani segala aktiviti yang di tetapkan.

"Saya juga akan jalani latihan stamina, saya kena kuruskan badan sikit (gelak). Walaupun saya berhijab, mungkin saya akan juga menari tetapi bukan tarian yang terlalu agresif, mungkin sikit-sikit saja. InsyaAllah, untuk peminat Malaysia, saya akan lancarkan album terbaru pada Mei depan," kata Shila pula.
..
Dalam perkembangan lain, Shila sekeluarga akan berangkat ke tanah suci Mekah selama dua minggu bagi menjalani ibadah umrah pada 6 Mac ini.
Sumber : malaysiandigest.com
Reply To This Comment

Sultan Sulu tidak diiktiraf

GAMBAR pada 26 Februari lalu menunjukkan Jamalul Kiram III mendengar soalan pada sidang akhbar di Manila.


MANILA - Kesahihan arahan pemimpin yang dikenali sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menghantar pasukan 'tentera diraja' ke Sabah pada 12 Februari lalu dipertikai, menurut akhbar dalam talian ABN News.
Ia ekoran beberapa penyelidikan menunjukkan pemerintahannya sebagai Sultan Sulu tamat pada 1990.
Media asing dan beberapa sumber di internet sebaliknya menyatakan adiknya, Esmail Kiram II adalah Sultan Sulu yang sah.
Berusia 74 tahun, Kiram III mendakwa bahawa beliau ialah ketua kerajaan Kesultanan Islam Sulu sekarang.
Kesultanan Sulu mendapat perhatian umum apabila Kiram III menghantar pasukan 'tentera diraja' bagi menuntut Sabah pada 12 Februari lalu.
Akhbar The Philippine Inquirer melaporkan pada satu sidang akhbar di Istana Malacanang di sini, Presiden Benigno Aquino III menyatakan terdapat kesangsian dalam keturunan kesultanan tersebut.
Menurutnya, selepas pemerintahan Sultan Jamalul Kiram II tamat pada 1936, baginda meninggal dunia tanpa seorang pewaris.
Justeru, Aquino berkata, beliau telah mengarahkan satu kajian dilakukan melibatkan aspek undang-undang berhubung tuntutan Kiram III ke atas negeri Sabah di Malaysia.
"Kajian ini agak menyeluruh," katanya.
Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf pemerintah Filipina ialah Ismael Kiram I pada 1974. Selepas kematiannya pemerintah Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat.
Dalam perkembangan berkaitan, pemerintah Filipina menyatakan tiga orang termasuk dua anggota polis terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dengan kumpulan lelaki bersenjata Filipina tersebut berhubung pertikaian tuntutan ke atas Sabah.
Insiden itu berlaku selepas berpuluh-puluh pengikut Kiram III belayar dari selatan Filipina untuk menuntut Sabah.
Sebelum ini Kiram III memberitahu, Kesultanan Islam Sulu pernah menguasai sebahagian Pulau Borneo termasuk Sabah selain beberapa gugusan pulau di selatan Filipina.
Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Jabatan Luar Filipina, Raul Hernandez yang memetik kenyataan Duta Malaysia berkata, turut terbunuh dalam pertempuran itu ialah pemilik rumah yang diduduki ketua kumpulan bersenjata tersebut.
Namun, katanya, kewarganegaraan pemilik rumah berkenaan tidak dapat dipastikan.
"Duta Malaysia juga menyatakan bahawa saki baki kumpulan pengikut Kiram III di Lahad Datu melarikan diri ke arah laut," katanya.
Menurutnya, 10 anggota kumpulan Kiram III turut ditangkap.
Tambah Hernandez, beliau tidak dapat mengesahkan dakwaan seorang jurucakap di Manila bagi pihak kumpulan pengikut Kiram yang mendakwa pasukan keselamatan Malaysia menembak mati 10 anggota mereka dan mencederakan empat yang lain.
Jelasnya, Manila telah meminta maklum balas rasmi berhubung operasi keselamatan tersebut dari Kuala Lumpur.
Tambah jurucakap sama, Duta Malaysia menyatakan kepadanya bahawa konfrontasi itu sudah berakhir.
Sementara itu, jurucakap Kiram III, Abraham Idjirani mendakwa penembak-penembak tepat Malaysia telah membunuh 10 pengikut sultan tersebut dan mencederakan empat lagi anggota kumpulan berkenaan.
"Saya bercakap dengan ketua kumpulan Kiram melalui telefon sebentar tadi (semalam) dan bertanya berapa pengikutnya yang mati. Dia menjawab 10 orang. Saya menanyakan angka kecederaan dan dia berkata, empat orang," kata Idjirani dalam satu sidang media di kediaman Kiram di sini.
Idjirani menegaskan bahawa pengikut-pengikut Kiram III berikrar akan terus berjuang dan tidak akan meninggalkan Sabah.
Ketua mereka, Raja Muda Agbimuddin Kiram iaitu adik Kiram III berjaya mengelakkan diri daripada ditangkap dan masih berada di Sabah bersama beberapa pengikutnya untuk terus bertempur, jelas Idjirani.
"Ini (pertempuran) baru permulaan," ujarnya.
Kesultanan Islam Sulu memajak Borneo Utara (Sabah) kepada kuasa Eropah pada tahun 1870-an.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Malaysia menyatakan, 12 warga Filipina dan dua anggota polis Malaysia terbunuh dalam insiden semalam.
Selepas kekuasaan kesultanan itu beransur pudar ekoran kemasukan kuasa Barat di rantau berkenaan, ia masih menerima bayaran pajakan untuk Sabah.
Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian persekutuan Malaysia pada 1963.
Berdasarkan perjanjian pajakan tersebut, kesultanan Sulu diberikan pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai semasa. - Agensi
Sumber : Kosmo
Reply To This Comment

‘Abah dah meninggal’

pix_topright 
“Abah dah meninggal....kena bom....masuk kubur.” Itu kata Mohamad Akmaruddin Zulkifli, 5, yang mungkin masih tidak faham apa sebenarnya berlaku di sebalik kematian ayahnya, Inspektor Zulkifli Mamat, 29.
Allahyarham Zulkifli, anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkalan di Hulu Kinta, dekat sini, adalah antara dua anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dalam operasi pengusiran penceroboh dari Sulu, Filipina di Lahad Datu, Sabah, semalam.

Seorang lagi anggota PDRM yang terbunuh dalam kejadian jam 10 pagi itu ialah Koperal Sabarudin Daud, 46, manakala tiga lagi rakan setugas mereka cedera. Dalam insiden itu, 12 penceroboh yang dikatakan dari pasukan tentera Sulu dilaporkan terbunuh, namun jumlah yang cedera tidak dimaklumkan kepada media. Mohamad Akmaruddin, anak sulung arwah Zulkifli ditemui di rumah datuk angkatnya, Hussain Harun, 53, di Desa Putra Indah, Bandar Sri Putra, Bercham, di sini, dengan ditemani adiknya, Mohamad Akhil, setahun.
Ibunya, Nor Aziah Nor, 28, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan pemergian suaminya selain tidak berapa sihat berikutan alahan kerana mengandung dua bulan.

Suasana pilu menyelubungi rumah berkenaan semalam apabila Nor Aziah berulang kali menyebut ‘nak balik... nak balik’ (ke rumahnya) sambil menangis sebelum dipapah dan ditenangkan Hussain dan isteri, Nor Anita Mohamad, 49, dan beberapa rakan.

Malah, Nor Aziah yang kini menjalani latihan praktikal perguruan di sebuah sekolah rendah di Tanjung Rambutan, di sini, dikatakan pengsan tiga kali sepanjang tempoh berada di rumah bapa angkatnya itu.
Sumber : Harian Metro
Reply To This Comment

Friday, 1 March 2013

Ketegangan Di Lahad Datu Berakhir Dengan 14 Mati, 3 Cedera


Anggota polis menyediakan pengankutan untuk membawa jenazah anggota polis komando yang terbunuh di kampung  Tanduo di Lahad Datu.Anggota polis menyediakan pengankutan untuk membawa jenazah anggota polis komando yang terbunuh di kampung Tanduo di Lahad Datu.
KUALA LUMPUR:
 Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini.
The Star Online melaporkan polis berkata perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.

“Saya sedih insiden ini berlaku kerana ini yang kami cuba elakkan, yang mana pertumpahan darah berlaku,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipetik The Star Online.

Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera.

Komisioner Polis Sabah Datuk Hamza Taib dipetik The Star Online hari ini berkata penceroboh Filipina itu memulakan tembakan terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

“Pegawai kami bertembung dengan beberapa penceroboh yang menembak mereka, memaksa pasukan polis membalas tembakan,” kata Hamza.

Anak kepada pemimpin kumpulan tersebut Agbimuddin Kiram, bagaimanapun awal hari ini berkata pihak berkuasa Malaysia memulakan tembakan.

Jumlah anggota penceroboh tersebut yang tercedera masih belum diketahui.

Portal The Philippine Daily Inquirer pula melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu.

Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh.

Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.

Reuters turut melaporkan kumpulan bersenjata tersebut menuntut pengiktirafan Malaysia dan rundingan awal pajakan Sabah oleh Sultan kepada syarikat perdagangan British pada kurun ke-19. Malaysia bagaimanapun berkata permintaan mereka tidak akan dapat ditunaikan.

Sumber : malaysiandigest.com
Reply To This Comment