Friday, 1 February 2013

Bedah siasat sahkan kanak-kanak tiga tahun mati mangsa dera

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bedah siasat ke atas kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang mati di kediamannya di Semenyih semalam adalah mangsa dera. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata hasil bedah siasat itu di Hospital Serdang mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat terkena benda keras dan pendarahan di kepala selain lebam di bahagian dada, tangan dan kesan rotan di kaki. 


Foto 
      IBU mangsa keluar bersama pegawai polis dari bilik mayat Hospital Serdang.

"Menurut doktor, terdapat dua kesan dera, yang terbaru kesan baru dua hari dan yang lama sudah seminggu," katanya ketika dihubungi. 


Muhammad Irfan Raiyan Muhammad Shahn ditemui tidak bernyawa, oleh ibunya, ketika mahu mengejutkan anaknya itu, yang tidur, untuk mandi pada jam 11 pagi semalam. 

Ab Rashid berkata, ibu mangsa seorang suri rumah berusia 25 tahun akan dipanggil untuk soal siasat mengikut seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.


Sumber :Berita Harian
Reply To This Comment

Kisah Iktibar di Penjara Sungai Buloh

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan di sana.
Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Mohd. Amin Mohd. Razali iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong.
Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada Subuh pagi jumaat.
Pada malam sebelum dia digantung, didapati si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok. Bayangkan kalau orang nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan seperti orang dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir.
Subhanallah, mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung. Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba-hambanya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.
WALLAHU A’LAM, 
Sumber : Kisah ini sudah lama dipaparkan tetapi pengajaran yang kita perolehi daripada kisah ini boleh digunapakai sehingga ajal menjemput kita,


Reply To This Comment

Linda Onn Sudah Usaha Cari Calon Suami

Buat masa ini Linda lebih banyak menumpukan kepada kerjaya dan perniagaan restoran miliknya. 
AMPANG: Penyampai radio, Linda Onn menyifatkan khabar angin kononnya dia akan berkahwin dalam masa terdekat sebagai satu doa semua pihak yang ingin melihat dia dapat menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin.
Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 35, berkata, sebagai seorang wanita dia telah berusaha untuk mencari pasangan hidup namun segala-galanya ditentukan Allah.
"Saya ada berusaha untuk mencari pasangan namun terlalu peribadi untuk saya kongsi tetapi semuanya berbalik kepada jodoh. Mungkin suatu hari nanti jika diizinkan saya akan berkahwin.
"Apabila orang mengatakan saya akan berkahwin saya menganggap itu sebagai satu doa daripada mereka dan mungkin ia akan dimakbulkan.
"Ibu bapa saya juga tidak pernah memaksa atau meletakkan tempoh khusus untuk saya berkahwin dan bersyukur mereka sentiasa menyokong," jelasnya.
Linda ditemui selepas majlis memperkenalkan menu terbaharu di restorannya iaitu My Mom's Chicken Rice (MMCR) di sini pada Khamis.
Menu Nasi Ayam Salai Lemak Cili Padi itu dihasilkan dengan kerjasama juara Masterchef Selebriti, Datuk Dr Fazley Yaakob.
Dalam pada itu, Linda berkata, tumpuannya hari ini lebih kepada memperkembangkan perniagaan restoran yang dibukanya sejak tahun 2004.
Katanya setakat ini dia telah mempunyai empat buah restoran MMCR serta sebuah spa kecantikan dan urut yang telah diusahakan sejak setahun lalu.
"Setakat ini saya ingin betul-betul mengukuhkan perniagaan yang sedia ada terutama dari segi perkhidmatan dan kepuasan pelanggan selain sentiasa mahu mencari idea-idea baru untuk memastikan produk yang disediakan sentiasa segar.
"Sebenarnya bukan mudah melakukan perkara itu tetapi atas semangat dan dorongan keluarga dan peminat, ia mula sebati dalam diri saya untuk terus memajukan diri,"
Sumber : mStar online
Reply To This Comment

Ajal tiga beranak

Lahad Datu: Niat seorang isteri bersama anaknya berusia tiga tahun menemani suami yang bekerja di ladang bertukar tragedi apabila lori 10 tan sarat kelapa sawit dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok dalam kejadian di Kilometer 24, Jalan Lahad Datu-Jeroco, dekat sini, kelmarin.
Akibat rempuhan itu, tiga sekeluarga itu mati serta merta di tempat kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 4 petang, mangsa maut dikenali sebagai Jusmin, 44; isterinya, Paima Abdul Hamid, 22, manakala identiti anak perempuan berusia tiga tahun belum dikenal pasti.

Difahamkan, semua mangsa menetap di Ladang Sandau, di sini, dalam perjalanan menghantar kelapa sawit ke pusat timbangan berdekatan.
Foto
KENDERAAN dinaiki ketiga-tiga mangsa hancur selepas merempuh pokok sawit.

“Bagaimanapun, ketika melalui satu selekoh menuruni bukit, lori dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke cerun sebelum merempuh sebatang pokok kelapa sawit,” katanya.
Sumbrt : myMetro
Reply To This Comment

Shaarnaz : ‘ND Lala sering elak bincang’

Enggan ‘memanaskan’ keadaan, Sharnaaz Ahmad, 28, berharap dapat bersemuka dengan ND Lala, 52, daripada mereka terus bertelingkah dalam media massa mengenai hasrat pelakon itu menyunting Shila Amzah. 

Sharnaaz berkata, bukan tiada usaha membawa keluarganya dari Pulau Pinang datang ke Kuala Lumpur bagi menjelaskan niat merisik Shila mengikut adat. Namun, dakwa Sharnaaz, usahkan duduk semeja, panggilan telefon kepada ND Lala juga tidak berangkat. 
Sharnaaz mendakwa, dia kurang pasti mengapa ND Lala menempelaknya sebagai ‘biadap’ selepas membuat kenyataan mahu merisik Shila. 

pix_gal0

Ini kerana kata Sharnaaz, ND Lala sendiri sukar didekati atau dihubungi bagi membincangkan niatnya itu. 

“Cuba jelaskan bagaimana saya mahu menyampaikan niat suci saya kalau dia (ND Lala) sentiasa mengelak. 

Bagaimana ibu bapa saya mahu menyampaikan hajat ini mengikut adat andai usaha bersemuka gagal? 

Kali terakhir saya hubunginya Disember lalu, panggilan saya tidak berangkat.

Sumber : Berita Harian
Reply To This Comment