Tuesday, 1 January 2013

Ronaldo kembali ke Old Trafford?

Ronaldo beritahu bekas rakan sepasukannya dia sangat berharap untuk kembali  ke Manchester United, semula.Ronaldo beritahu bekas rakan sepasukannya dia sangat berharap untuk kembali ke Manchester United, semula.
Madrid: Manchester United tidak perlu membayar 122 juta pound (RM610 juta) untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo jika pemain itu mahu keluar dari Madrid. 

Sekiranya Ronaldo benar-benar mahu berpindah, pastinya harga yang diminta Real akan jatuh berserta beberapa nama pemain juga akan termasuk dalam perundingan. Yuran perpindahan berkemungkinan sekitar 60 juta pound (RM300 juta) dengan David de Gea dan mungkin juga Nani bertukar menyertai Real. Beritahu rakan lama

SunSport memecahkan berita bahawa Ronaldo memberitahu bekas rakan sepasukannya di United yang dia sangat berharap untuk kembali ke Old Trafford. 

Akhbar itu menyatakan Ronaldo boleh meminta untuk keluar dari Madrid memandangkan kontraknya berbaki dua tahun lagi, dan Rabu lalu, akhbar sukan harian Madrid, AS mengeluarkan berita bahawa Ronaldo tidak akan memperbaharui kontraknya. 

Terdapat dua keadaan, satu, Ronaldo sememangnya mahu berpindah, dan kedua dia membuatkan presiden, Florentino Perez ‘berpeluh’ kerana perlu memperuntukkan 25 juta pound (RM125 juta) setahun untuk dia terus kekal. 

Jika dia kekal, ini adalah satu pembohongan besar dilakukan Ronaldo bersama ejennya, Jorge Mendes. 
PSG bayar 500,000 pound


Seandainya dia berpindah, Ronaldo juga mempunyai dua pilihan, satu, menyertai United kerana bola sepak, dan keduanya menyertai Paris St Germain untuk kepentingan wang. 

United boleh memberikannya 300,000 pound (RM1.5 juta) seminggu sebagai daya tarikan. Lumayan tetapi berbaloi - dengan kutipan jualan baju saja boleh menguruskan gajinya namun di PSG dia boleh menerima 500,000 pound (RM2.5 juta) seminggu. 

Begitupun, pengurus United, Alex Ferguson percaya rundingan boleh dijalankan dengan syarat, keinginan Ronaldo untuk kembali bukannya satu rundingan bermuslihat - atau tidak akan berpaling kepada pasukan lain di akhir musim ini. - Agensi


Sumber : Berita Harian
Reply To This Comment

Tak sedarkan diri selepas terhumban ke atas jalan

Tak sedarkan diri selepas terhumban ke atas jalan
Orang ramai memberikan bantuan awal kepada mangsa sebelum dibawa ke hospital, petang kelmarin.












SEBERANG PERAI - Seorang pemuda nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membelok di Jalan Bagan Ajam berdekatan Klinik Xavier di sini, petang kelmarin.

Rempuhan kuat di bahagian hadapan kiri kereta Toyota Vios dinaiki satu keluarga dalam kejadian pada jam 7.20 petang itu menyebabkan mangsa berusia 20-an, tidak sedarkan diri dipercayai kerana mengalami cedera parah.

Mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dikatakan dalam perjalanan dari Bagan Lebai Tahir ke Taman Sri Bagan di Bagan Dalam, untuk bertemu rakan.

Difahamkan, mangsa yang menunggang dalam keadaan laju gagal mengawal motosikalnya sebelum melanggar bahagian hadapan kereta dinaiki keluarga itu yang membelok untuk pulang ke rumah mereka di Taman Meranti Indah di sebelah kanan laluan berkenaan.

Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa terpelanting dan terhumban di sebelah kenderaan berkenaan menyebabkannya cedera dan tidak sedarkan diri kemudiannya.

Pengguna jalan raya yang prihatin dilihat bersama petugas Klinik Xavier memberikan bantuan di lokasi kejadian sebelum mangsa dibawa dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Seberang Jaya kemudiannya.

Laluan berkenaan turut sesak apabila pemilik kenderaan turut memberhentikan kenderaan mereka untuk melihat kejadian itu, bagaimanapun aliran trafik kembali lancar sejurus ketibaan polis mengawal keadaan.


Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Artis seksi dicekup, menyorok dalam bilik

PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya.


Sumber : myMetro
Reply To This Comment

Serina Tidak Tipu Peminat Guna Testimoni Palsu

Serina 
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Serina Redzuwan menafikan tuduhan kononnya dia menggunakan gambar testimoni palsu bagi melariskan produk kesihatan yang dijualnya.
Serina, 30, yang kini berada di London memberitahu gambar yang dimaksudkan telah dimuat naik oleh ahli lain yang mewakili produk itu di laman Facebook miliknya dan dia hanya berkongsi kejayaan individu tersebut dengan para peminat.
"Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini kerana berada di London dan gambar yang dimaksudkan hanya di ambil menerusi Internet selepas ia dikongsi oleh ahli lain di laman Facebook saya.
"Malah gambar itu bukan saya sahaja yang kongsi di Facebook tetapi ahli-ahli lain juga," jelasnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online ketika dihubungi pada petang Isnin.
Tambah Serina, dia tidak pernah menokok tambah maklumat tentang gambar testimoni tersebut hanya untuk menarik pelanggan.
Menurut laporan tersebut Serina ada mengirimkan sekeping gambar melalui Facebook dan Twitter miliknya tentang seorang lelaki yang berjaya menguruskan badan selepas menggunakan produk makanan tambahan yang dijualnya.
Bagaimanapun individu tersebut telah menafikan mengambil sebarang produk menguruskan badan apatah lagi produk jualan Serina.
Dalam pada itu, Serina memberitahu dia terkilan apabila ada pihak cuba menjatuhkan reputasinya dengan memburukkan namanya.
Jelas Serina dia tidak pernah berniat untuk menipu sesiapa sebaliknya hanya ingin membantu mereka yang mempunyai masalah berat badan.
"Saya tidak pernah kacau hidup sesiapa dan biarlah saya cari rezeki dengan cara yang halal. Walaupun saya ni seorang artis tetapi perniagaan adalah satu bidang yang saya suka.
"Saya tidak faham mengapa ada orang yang suka memburuk-burukkan hidup orang lain," jelasnya.
Sementara itu, Serina berkata, atas dasar minat itu juga dia bakal melancarkan produknya sendiri pada pertengahan Januari ini sebagai satu bukti kesungguhannya dalam bidang perniagaan.
Sumber : mStar Online
Reply To This Comment

Ezlisa Loy Bertudung Selepas Mimpi Hari Kiamat

Ezlisa menerima hidayah untuk bertudung selepas beberapa kali mengalami mimpi mengenai hari Kiamat. - Foto oleh LOW BOON TAT 
PETALING JAYA: Pelakon remaja Ezlisa Loy berkata dia menerima hidayah untuk bertudung mulai awal Disember lalu selepas beberapa kali mengalami mimpi mengenai hari kiamat.
Pemilik nama sebenar Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 17, ini berkata, perkara itu sudah lama dipertimbangkan sejak setahun yang lalu dan dia bertekad untuk berhijrah kerana berasa takut dengan mimpi serupa yang dialaminya secara berulang-kali.
“Baru-baru ni saya bermimpi mengenai hari kiamat. Dalam mimpi itu, saya menuju ke masjid dan secara tiba-tiba ada banyak batu jatuh dari langit.
“Saya sangat takut dan terus mencari mama tetapi mama tiada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Apabila tersedar saya terus mencari mama dan menangis.
“Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi mengenai hari kiamat,” luahnya kepada mStar Online.
Adik kepada pelakon Elfira Loy ini berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kejanggalan dengan penghijrahan itu walaupun ia adalah perkara baru dalam kehidupannya.
“Alhamdulillah, saya tidak hadapi sebarang masalah untuk menyesuaikan diri walaupun ia (bertudung) masih baru.
“Saya juga tiada masalah mengenai soal penampilan kerana kebetulan pula kakak (Elfira) banyak memberikan panduan dalam berfesyen ala Muslimah,” ceritanya.
Ditanya adakah penghijrahan itu akan membuatkan dia lebih selektif pada tawaran lakonan, Ezlisa berkata, dia akan hanya berlakon watak gadis yang bertudung sahaja selepas ini.
“Saya akan terima tawaran jika watak bertudung sahaja. Lakonan pun bukan keutamaan kerana saya masih di bangku sekolah.
“Lagipun, bermula sesi persekolahan 2013 ini, saya akan masuk Tingkatan 5 dan perlu beri tumpuan pada persiapan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Kalau ada kerja (tawaran), saya ambil tetapi jika tiada saya fokus pada pelajaran sahaja,” jelasnya yang baru menamatkan penggambaran telefilem berjudul Puteri & Putera Hodoh.
Sumber : mStar Online
Reply To This Comment