KLANG – “Mak jangan pergi dulu, biar Cinang pergi dulu.”
Demikian kata-kata terakhir Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, atau nama manjanya Cinang, kepada ibunya, Acha Kusain, 31.
Menurut Acha, anak ketiga daripada tujuh beradik itu mengungkapkan kata-kata tersebut dua hari lalu.
“Saya tidak menyangka ia membawa maksud Cinang akan pergi buat selama-lamanya. Ya... Cinang pergi dulu sebelum saya,” katanya sambil mengalirkan air mata ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam.
Cinang ditemui mati dipercayai dirogol sebelum dibunuh di sebuah padang di Jalan Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, kelmarin.
Mayat kanak-kanak itu ditemui seorang wanita yang melalui kawasan padang berkenaan, kira-kira jam 10.30 malam. Mangsa ditemui terbaring berhampiran tempat parkir bas kilang di sini.
Sebelum itu, mangsa keluar rumahnya di Lorong Batu Nilam 1E, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Cinang tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu rumah terkunci dan kakak keduanya yang berada di dalam rumah tidak mempunyai kunci pendua.
Kanak-kanak itu terpaksa berada di luar rumah sementara menunggu kakak sulungnya pulang dari kerja di Kuala Lumpur.
Pada awalnya keluarga berkenaan menyangkakan Cinang keluar bermain namun semuanya meleset selepas gagal dikesan.
Gerakan mencari dilakukan serta merta oleh ahli keluarga dan jiran namun mereka dikejutkan dengan penemuan mayat mangsa.
Menurut Acha, Cinang anak yang baik, peramah dan sentiasa mendengar kata.
Katanya, dia bersama suami, Mohd Noor Mustafa, 31, sentiasa menitik beratkan soal keselamatan anak-anak. Ini berikutan keluaga tersebut baru dua bulan tinggal di situ selepas berpindah dari Kuantan, Pahang.

“Jika Cinang pergi ke kedai, pasti ada peneman. Pagar rumah pula sentiasa berkunci.
“Ini kerana saya takut kejadian culik berlaku terhadap anak-anak saya. Bagaimanapun, ia tetap berlaku,” katanya.
Sekali lagi ibu kepada kanak-kanak malang itu gagal menahan perasaan sedih. Air mata terus mengalir.
Rakan dan anak sulung pasangan itu mententeramkan Acha yang sentiasa duduk di lantai bilik mayat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan berhubung penemuan mayat mangsa.
“Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan pada anggota badan. Bagaimanapun terdapat kesan pendarahan pada kemaluan mangsa,” katanya, semalam.
Mohamad berkata, siasatan polis mempercayai mangsa dibunuh ditempat lain sebelum ditinggalkan di lokasi berkenaan.
“Kita juga menemui penyodok tanah di kawasan berhampiran. Jarak rumah dengan lokasi mayatnya ditemui hanya 200 meter,” katanya.
Beliau berkata, polis menahan dua lelaki berusia 19 dan 24 tahun kira-kira jam 6 pagi, di kawawan berhampiran, semalam, untuk membantu siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk bantu siasatan.

Sumber : Sinar Harian
bahaya sekarang ni...macam2... banyak kes melibatkan budak2... haih...ibu bapa jagalah anak masing2 dengan baik2...jangan biar2kan ajer...
ReplyDelete