TUMPAT – Seorang nenek menemui ajal dipercayai ditumbuk oleh cucunya yang kurang siuman dalam kejadian amukkan di rumah mereka di Kampung Pasir Pekan Hilir, pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa Che Minah Hassan, 84, maut di tempat kejadian dipercayai ditumbuk suspek.
Turut cedera, ibu suspek, Rahimah Che Will, 60, juga dipercayai ditumbuk ketika dia sedang mengamuk di rumahnya itu.
Rahimah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan selepas mengalami kecederaan lebam di mata kiri dan dahi kanan.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Zaharudin Rasip berkata, ketika kejadian didapati suspek mengamuk dan memukul dengan tangan ibu dan neneknya.
“Mungkin mangsa ditumbuk suspek, neneknya meninggal dunia di tempat kejadian apabila luka di telinga kiri, lebam di bahagian sekitar mata kanan.
“Ibu suspek juga turut mengalami kecederaan apabila lebam mata kiri dan dahi kanan,” katanya.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek pernah menjalani rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan dan Wad Psikiatri di HRPZ II sebagai pesakit mental.
“Suspek baru dua tahun keluar dari menjalani rawatan di hospital tersebut,” katanya.
Menurutnya, suspek ditangkap di dalam rumah terbabit sejurus pihak polis menerima maklumat berkaitan kejadian itu.
“Suspek akan ditahan reman mulai esok (hari ini),” katanya.
Zaharudin berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Sementara itu, anak saudara suspek, Faris Danish Farid, 8, berkata, ketika kejadian dia tersedar dari tidur selepas terdengar suspek menjerit-jerit di tingkat bawah.
“Saya intai melalui tingkap, nampak dia (suspek) pukul nenek dan moyang,” katanya yang berada di tingkat atas bersama ibunya, Norlaila Mohd Zaidi, 30-an.
Faris berkata, dia bersembunyi di tingkat atas sehinggalah polis datang menangkap bapa saudaranya itu.

Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment