Wednesday, 8 May 2013

Jimmy Shanley Mohon Penjara Bekas Isteri


Jimmy masih gagal mendapat hak bermalam dengan anaknya, Zahrah Rania.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimi atas dakwaan ingkar terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania.
Akhbar Kosmo! melaporkan Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 32, menfailkan permohonan itu melalui peguam syarie, Mohd Noor Azian Md. Idrus di kaunter Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.
Mahkamah Tinggi pada 8 April lalu memutuskan Jimmy diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu dengan anaknya.
Jimmy bagaimanapun memberitahu masih gagal mendapat hak tersebut dan kecewa apabila tiga kali cubaannya mengambil anak tunggalnya itu untuk bermalam bersama tidak mendapat kerjasama daripada Nursuhaila.
"Apabila saya hendak ambil anak ada sahaja alasan yang diberikan oleh bekas isteri termasuk alasan berada di luar negara.
Nursuhaila menfailkan permohonan untuk menggantung perintah mahkamah dan kes itu akan disebut pada Khamis.
"Saya juga telah membuat tiga laporan polis berhubung perkara itu," katanya.
Mohd Noor Azian turut memberitahu, Nursuhaila telah menfailkan permohonan untuk menggantung perintah mahkamah dan kes itu akan disebut pada Khamis (esok).
Pada 8 April lalu, Hakim Syarie Mawardi Che Man membuat keputusan memberikan hak penjagaan penuh anak perempuan tunggal mereka itu kepada Nursuhaila.
Nursuhaila selaku plaintif memfailkan hadanah (hak jagaan anak) pada 18 Oktober 2011 namun Jimmy mengemukakan bantahan berhubung kelayakan bekas isterinya itu untuk menjaga anak mereka.
Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment