Tuesday 21 May 2013

Eina : 'Dia kurang siuman'

Eina Azman
SUSULAN kontroversi tiga penjuru yang menimpa pelakon, Eina Azman dengan ibu kepada pelakon, Afiq Muiz dan pelakon lelaki terbabit, Eina hari ini menegaskan untuk menyaman Hasliza Mohamad kerana kegagalan wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Minggu lalu, Eina memberikan tempoh selama tujuh hari kepada ibu Afiq untuk meminta maaf kepadanya secara terbuka selepas didakwa menyebarkan fitnah ke atas dirinya.

Ketika ditanya soal penerimaan Afiq terhadap hasratnya untuk menyaman Hasliza, pelakon Mimpi Cinderella itu mengakui tidak mendapat tentangan dari Afiq.

“Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh.

“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut...sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini,

Menegaskan mempunyai bukti terhadap ‘serangan’ dari pihak Hasliza, Eina tetap meneruskan hasrat untuk menyaman wanita berusia 48 tahun itu.

“Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah,” katanya.

Eina yang dikaitkan dengan kisah Hasliza yang mendakwa Afiq Muiz sebagai anak derhaka, menyifatkan kontroversi tersebut sebagai murahan.

“Boleh tanya dengan Afiq, sepanjang masalah ini, siapa yang ada dengan dia? Mak dia ke keluarga dia ke atau Eina dan keluarga Eina?

“Memang Eina tak ada masalah dengan Afiq. Sehinggalah mak dia mencetuskan kontroversi murahan seperti ini. Pada Eina, ini adalah kontroversi murahan yang meminta simpati,” katanya.
pirateman : aih, perempuan macam ni pun kau sanggup nak jadikan bini ke??dia hina ibu kau yang dah bersusah payah melahirkan, membesarkan kau. kau boleh memihak pada dia ke????ingatlah jahat mana pun ibu kita. jangan sesekali mengaibkan dia dan menghinanya. Kalau dah jatuh derhaka pada ibu nanti berjawab la kau di akhirat..(dunia akhir zaman)

Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Anak didakwa tumbuk ibu hanya kerana wang



Hanya disebabkan tidak dapat wang
Remaja lelaki ini mengaku bersalah mencederakan ibu dan kakaknya di Mahkamah Majistret, semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur bukan sahaja tergamak memanggil ibunya dengan panggilan ‘ibu anjing’, malah lebih melampau, dia sanggup menumbuk kepala dan memulas tangan mangsa hanya disebabkan permintaannya mendapatkan wang tidak diendahkan.

Bukan itu sahaja, remaja berumur 18 tahun dari Kampung Tanjung, Kedai Buluh, di sini, turut mengaku menumbuk dan menendang kakak sulungnya dalam kejadian itu di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Bagaimanapun, nasibnya yang berdepan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan akan ditentukan pada 25 Jun depan selepas Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan tarikh berkenaan sebagai tarikh jatuh hukum.

Terdahulu, remaja itu mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mencederakan kedua-dua mangsa dalam kejadian di rumah mereka, pada 13 Mei lalu, kira-kira jam 9 pagi.

Remaja berkenaan turut didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah mengugut membunuh mangsa dalam kejadian berkenaan.

Bagi pengakuan tidak bersalah itu, Rozianti turut menetapkan tarikh 25 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R Azmi.

Manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.
Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Anak warisi bakat Aaron


Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Begitu juga dengan bakat seni dimiliki pelakon lelaki popular, Aaron Aziz yang kini turut diwarisi oleh anak-anaknya.
Bagaimanapun, anak keduanya, Dwi Ariana dilihat lebih banyak mewarisi bakat Aaron apabila dalam usia seawal enam tahun kanak-kanak itu berjaya membuktikan minatnya untuk bergelar pelakon dalam filem Romeo Kota yang diarahkan Aaron sendiri.
Manakala, dua lagi anak Aaron iaitu Danish Anaqi, 8, dan Dahlia Arissa, 2 turut berbakat dalam bidang seni.

Berbicara mengenai pembabitan anaknya dalam lakonan, Aaron berkata, ia berlaku secara kebetulan dan dia sendiri tiada niat melatih puteri kesayangannnya itu menjadi anak seni.
Foto
Aaron bersama isteri Diyana Halik dan anak-anak mereka (dari kiri) Dahlia Arissa, Danish Anaqi dan Dwi Ariana.

Katanya, ia berlaku kerana salah seorang pelakon kanak-kanak untuk watak tambahan dalam filem itu tidak dapat hadir dan tempatnya perlu diganti pelakon lain.

“Jadi, saya tawarkan watak berkenaan kepada Dwi Ariana. Dia hanya bersetuju selepas saya memujuknya dan berjanji memberinya RM500 jika dia sudi membantu.

“Dia yang sebenarnya kali pertama berlakon menjadi penyelamat saya apabila di saat akhir sanggup menggantikan tempat pelakon kanak-kanak yang tak dapat hadir itu,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaru lakonannya, Lari, baru-baru ini.

Aaron berkata, sebagai bapa dia memang sudah nampak kecenderungan minat anak perempuannya itu.

“Saya tengok, memang dia sudah ada keinginan untuk menjadi pelakon. Dengan bakat tersendiri itu, dia mampu menghafal skrip dan menghayati watak.

“Walaupun penguasaan bahasa Malaysia dia tidaklah begitu baik, namun Dwi Ariana seorang yang rajin berusaha. Dia akan cuba sebaik mungkin dengan sedaya-upayanya.

“Melihatkan minat, usaha dan kesungguhannya itu membuatkan saya tidak menghalangnya. Namun, ia tidak bermakna saya menyokong sepenuhnya,” katanya.

Ujar pelakon berusia 37 tahun itu lagi, dia juga sebenarnya tidak menggalakkan anak-anak mengikut jejak langkahnya menceburi bidang lakonan.

Namun, katanya jika itu sudah menjadi pilihan mereka, dia dan isteri, Diyana Halik tetap memberikan dorongan sebagai pemangkin semangat.

“Apapun, saya dan isteri akan sentiasa memantau pembelajaran mereka supaya tiada yang tercicir. Sebagai ibu bapa, sudah pasti kami berdua mengimpikan kerjaya lebih baik untuk anak-anak untuk masa depan mereka.

“Saya sendiri mahu mereka cemerlang dalam pelajaran seterusnya mempunyai kerjaya hebat yang menjamin masa depan,” katanya.

Mengakui anak-anaknya mendapat pendedahan lakonan kerana mereka sering di bawa ke lokasi penggambaran, Aaron berkata dia mahu mengajar buah hati tercintanya itu erti berdikari. 

“Biarpun saya mampu memberikan mereka apa yang diinginkan, tetapi tidak semuanya diperoleh. Jadi, mereka harus belajar berdikari mencari duit sendiri untuk memiliki apa yang mereka mahu.

“Itulah yang dilakukan Dwi Ariana yang pernah meminta saya membeli satu beg berjenama untuknya, tetapi saya tidak belikan kerana harganya agak mahal.

“Jadi, memandangkan dia sudah berlakon dan mempunyai pendapatan sendiri, maka dia akhirnya berjaya memiliki beg itu dengan meminta saya membelinya menggunakan duit lakonannya,” katanya.

Selain filem Romeo Kota, baru-baru ini juga Dwi Ariana ditawarkan berlakon oleh Disney dalam siri animasi Princess Fiona dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. 


Aaron puas hati berlakon dalam Lari

Filem Lari bukanlah hasil layar perak pertama lakonan Aaron dalam genre aksi. Sebelum ini, dia pernah membuktikan bakat aksinya dalam beberapa filem lain yang dibintangi.

Apapun, tatkala berbicara mengenai Lari yang diarahkan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, aktor kelahiran Singapura ini memaklumkan dia cukup berpuas hati dengan lakonannya dalam filem aksi bertaraf antarabangsa itu.

“Saya sudah memberikan yang terbaik untuk filem ini. Apatah lagi, sebahagian besar babak aksi dilakukan saya sendiri.

“Berlakon dalam filem Lari adalah pengalaman sangat bermakna. Ternyata bukan mudah untuk menjadi pelakon yang baik tetapi Ahmad Idham sudah memberikan saya peluang untuk membuktikannya.

“Biarpun sebelum memulakan penggambaran, ada bengkel keselamatan dilakukan dengan pelakon-pelakon lagak ngeri terbabit, tetapi Lari ini lain kerana saya bekerjasama dengan pelakon lagak ngeri filem aksi hebat Thailand, Ong-Bak.

“Mereka nyata sangat profesional dan tahu apa yang perlu dilakukan. Bahkan, apa yang pasti semua aksi lagak ngeri dilakukan itu mengutamakan keselamatan,” katanya.

Aaron berkata, kini dia mengharapkan Lari akan mendapat sambutan baik penonton di pawagam apabila ditayangkan pada 6 Jun nanti. Ujarnya, Lari adalah filem aksi yang sangat berbeza.

Apatah lagi, jalan ceritanya juga lebih serius dan mencabar kerana menjurus pada sindiket pemerdagangan manusia. Ia kisah masyarakat yang padat dengan mesej tersendiri.

Filem Lari mengisahkan Khaliff lakonan Aaron yang berhadapan dengan satu konflik apabila adiknya dilarikan oleh sindiket pemerdagangan manusia.

Bapanya mati dibunuh dan Khaliff perlu berusaha menyelamatkan adiknya serta merungkai kisah yang berlaku di sebalik pembunuhan bapanya.

Mampukah Khaliff menyelamatkan adiknya daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia itu?

Selain Aaron, Lari dibarisi pelakon seperti Dira Abu Zahar, Ery Putra, Hazama Azmi dan Erin Malek.
Sumber : Harian Metro
Reply To This Comment

Zalif akui berbaik dengan Fida



ZALIF mengaku menyukai Fida dan hubungan mereka kini kembali terjalin akrab selepas renggang beberapa bulan lalu.


KISAH hubungan pelakon Zalif Sidek dan Fida Ibrahim lenyap seketika apabila muncul dakwaan campur tangan orang ketiga dalam hubungan mereka beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, pada hujung minggu lalu menerusi ruangan pojok sebuah akhbar tempatan menyiarkan perkembangan terbaharu dua pelakon muda itu yang khabarnya telah kembali berbaik.
Zalif yang ditemui ketika tayangan perdana filem Bikers Kental di Cathay Cineleisure, e@Curve, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini mengesahkan khabar berkenaan.
Katanya, dia dan Fida kini kembali menjalinkan hubungan seperti sebelum ini dalam erti kata lain hubungan 'sekadar berkawan' kembali terjalin.
"Saya terkejut sebenarnya dengan kenyataan itu kerana saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan kami.
"Ya, saya akui saya berkawan baik dengan dia dan sebelum ini pun kami berenggang seketika kerana sibuk dengan kerja.
"Selain itu, kisah hubungan kononnya ada orang ketiga dalam hubungan kami menyebabkan kami mengambil masa sekejap untuk berjauhan. Sampai sekarang saya tidak tahu siapakah individu itu," ujarnya.
Dalam pada itu, kata Zalif, mereka masih berkomunikasi seperti sebelum ini tapi hanya melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Zalif didakwa berjumpa semula dengan Fida serta mengenakan pakaian warna sedondon ketika menghadiri sebuah majlis doa selamat sekitar bulan Mac lalu dan semenjak itu hubungan mereka kembali bertaut.
"Saya diundang untuk menghadiri majlis doa selamat kawan saya dan tidak merancang untuk memakai baju Melayu berwarna hijau yang secara tidak langsung sama dengan Fida ketika itu. Ia hanya kebetulan," tambah Zalif yang kini sibuk dengan pembikinan filem Jangan Pandang Belakang Boleh arahan Ismail Bob Has him.
Ungkap Zalif, sebelum majlis doa selamat itu, dia telah berjumpa dengan Fida di sebuah acara anjuran Finas di Kelantan untuk berbincang masalah hubungan mereka.
"Kami bersemuka dan berbincang masalah sebenar yang terjadi antara kami. Selagi perkara boleh diselesaikan saya akan cuba selesaikan dan elak daripada berkongsi dengan orang luar.
"Saya seorang yang jujur dan kalau saya menyukai seseorang saya akan cakap suka. Memang dari awal lagi saya suka Fida.
"Saya suka akan penampilannya, cara bekerja dan kehidupan peribadinya. Sekarang kalau boleh sekadar mahu berkawan rapat dan kenal satu sama lain," katanya yang belum sempat berjumpa Fida dalam tempoh terdekat.
Ditanya adakah peraturan kontrak dalam Metrowealth menyebabkan dia mengambil tindakan untuk tidak mengiakan hubungan cinta dengan Fida, kata Zalif urusan kerja dan peribadi adalah perkara berbeza.
"Ketika menandatangani kontrak dengan Metrowealth, saya dinasihatkan untuk berterus-terang sekiranya meminati seseorang kerana bimbang kontroversi akan menjejaskan produksi.
"Perkara utama saya sekarang adalah kerjaya, bukan kerana terikat dengan MIG. Kalau itu jodoh saya apa daya saya untuk mengelak," simpul Zalif. - KHAIRUL AMRI HASSAN
Sumber : Kosmo
Reply To This Comment

Pemuda buat laporan polis mengundi dua kali



Pemuda buat laporan polis mengundi dua kali
Mohd Fadhli (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berikutan boleh mengundi dua kali ketika PRU13 lalu. Turut hadir, Fuziah dan Mohd Aznel.
KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.

Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.

Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.

“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.

“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.

Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya  dia boleh mengundi dua kali.

Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.

“Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi,” katanya.

Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.

“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Tiga rakan karib maut



Tiga rakan karib maut
Keadaan kereta Honda Civic dinaiki mangsa remuk akibat dirempuh lori, semalam.
Tiga rakan karib maut
Muhammad Hilal
Tiga rakan karib maut
Omar hamzah
KUALA KUBU BHARU - “Rupanya mereka best friends sampai mati,” demikian luahan sebak Rohani Zaini, 50, ibu kepada Omar Hamzah Zulkifli, 19, yang maut bersama tiga rakannya dalam kemalangan ngeri di sini, pagi semalam.

Rohani yang ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) kelihatan tabah sambil memeluk ibu kepada seorang lagi rakan anaknya yang maut, Fauziah Ismail, 47.

Menurut Rohani, arwah anaknya yang menuntut di Pusat Sains Asasi Universiti Malaya dalam perjalanan bersama tiga rakan karibnya ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu untuk mengambil sijil peperiksaan dan berhasrat meraikan sambutan Hari Guru di sana.

“Anak saya naik komuter dari Sungai Buloh ke Rawang dan di sana rakannya menunggu untuk sama-sama ke maktab.

“Tapi, saya terima panggilan telefon mengatakan anak saya terbabit dalam kemalangan berdekatan dengan maktab,” katanya.

Menurutnya, arwah anaknya yang bakal melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan bermula September ini turut merancang membuat kejutan sambutan Hari Guru kepada guru mereka di MRSM.

Bagaimanapun, dia sedih kerana kejutan itu bertukar tragedi yang memilukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kemalangan tersebut melibatkan pertembungan dua kenderaan yang dinaiki empat sekawan bersama sebuah lori.

Menurutnya, kejadian berlaku di Kilometer 7.9, Jalan Hamzah di sini kira-kira jam 10.50 pagi.

“Kereta Honda Civic dinaiki kesemua mangsa yang dalam perjalanan dari arah Rasa menghala Kuala Kubu Bharu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan lori.

“Mangsa yang maut ialah Muhammad Hilal Mohd Isa, Omar Hamzah dan Muhammad Addin Firdaus Rashidi manakala Mohamad Nazren Kamisan cedera parah,” katanya.

Norel Azmi berkata, semua mangsa maut berusia 19 tahun manakala pemandu lori terbabit, N Sivasalagaram, 34, turut cedera parah dan dirawat di hospital sama.

Dalam pada itu, ibu kepada arwah Muhammad Addin Firdaus, Fauziah Ismail, 47, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang guru kira-kira jam 2.45 petang semalam dan memaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, ketika itu dia sedang memasak dan tidak menyangka kejadian malang itu menimpa anaknya yang turut meragut rakan sekelasnya dulu.

“Makcik rasa macam tak sangka dia pergi, rasa macam belum puas tengok dia senyum, rasa ruginya tak layan dia betul-betul. “Makcik rancang nak tunggu abang dan adik-adik dia bercuti sama-sama di Pulau Pangkor masa cuti sekolah minggu depan. Dia anak yang baik dan insya-ALLAH syurga tempatnya,” katanya menahan sebak.

Fauziah berkata, sejak kebelakangan ini, anak keduanya dari enam beradik itu rajin solat Tahajud dan sangat mengambil berat tentang pelajaran.

Menurutnya, arwah anaknya itu juga dilihat sering memuat naik status dalam laman Facebook mengenai penerimaannya terhadap segala ketentuan ALLAH SWT berhubung peluang kerjayanya atau melanjutkan pelajaran.
Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Monday 20 May 2013

Afiq Muiz Diminta Bertaubat & Minta Maaf Pada Ibu


Afiq dikatakan derhaka kepada ibunya, Hasliza, gara-gara sudah berubah sikap.
PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz diminta untuk bertaubat dan segera memohon maaf kepada ibunya Hasliza Mohd, 48, selepas memburukkan wanita itu menerusi sebuah sidang media pada awal minggu lalu.
Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, sebagai anak, Afiq tidak boleh memburuk ibunya kepada umum walaupun ibunya itu telah membuat kenyataan media yang dia kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.
"Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka.
"Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya.
"Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi.
"Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Wan Akashah Wan Abdul Hamid
Wan Akashah diminta mengulas mengenai kontroversi melibatkan Afiq meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu.
Terdahulu, mStar Online pada Selasa lalu membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu.
Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman.
Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media khas yang diadakannya sendiri yang turut dihadiri pelakon muda yang dikatakan kekasihnya itu, Eina Azman, 18.
Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayangi dia dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata.
Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013.
Bagaimanapun Aqashah menasihatkan Afiq supaya mengetepikan kekasihnya buat sementara waktu sehinggalah hubungannya dengan Hasliza sudah pulih.
"Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa.
"Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk.
"Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita," tegasnya.
pirateman : ingatlah syuga seorang anak itu terletak di tapak kaki ibu. jangan sesekali membuatnya menangis inikan pula sampai dilabel "anak derhaka" oleh ibu sendiri. Cepatlah bertaubat sebelum terlambat. Utamakan ibu sendiri daripada orang lain.
Sumber : mStar Online
Reply To This Comment

Dua maut ketika berkonvoi ke Desaru



KEADAAN dua mayat mangsa yang terlibat kemalangan di Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI - Keseronokan 40 ahli kelab motosikal Honda Wave berkonvoi dari Selangor ke Desaru, Johor berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 22.5 Jalan Kulai-Kota Tinggi kelmarin.
Kejadian pukul 4.30 petang itu mengakibatkan Muhammad Fadzirul Hakimi Abd. Rahman, 21, dari Klang dan Muhammad Adib Jasmani, 23, dari Banting maut di tempat kejadian.
Kemalangan berlaku apabila kedua-dua mangsa terjatuh ke atas jalan selepas motosikal yang ditunggang bergesel sesama sendiri sebelum mereka dirempuh sebuah van yang datang dari arah bertentangan.
Seorang peserta konvoi, Firdaus Aqmal, 23, memberitahu, mereka bertolak dari Selangor pada pukul 10 malam Jumaat lalu dan sempat singgah di Skudai dan Kulai.
Dia yang juga saudara Muhammad Adib berkata, ketika singgah di Skudai, dia dan arwah menunaikan solat Subuh sebelum mangsa memberitahu yang dia penat dan mengantuk.
"Kami kemudian tidur sebelum meneruskan perjalanan ke Kulai pada pukul 7 pagi. Di Kulai, arwah hanya makan sedikit walaupun banyak mengambil nasi dan lauk sebelum bergerak semula pada pukul 2 petang.
"Saya berada di kelompok belakang manakala arwah di tengah. Ketika dilanggar, saya lihat Muhammad Fadzirul sudah meninggal dunia manakala Muhammad Adib masih bernafas," katanya ketika ditemui.
Sumber : Kosmo
Reply To This Comment

Brek kereta rosak ragut 4 nyawa



BEGINILAH keadaan kereta Perodua Viva yang remuk dalam nahas di MRR2 dekat susur Bukit Antarabangsa semalam.


AMPANG - Sepasang suami isteri merupakan antara empat individu yang maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran susur Bukit Antarabangsa di sini semalam.
Kemalangan pukul 5.30 petang itu mengakibatkan pemandu kereta, Hasbullah Abdul Ghani, 26, dan isterinya, Nurul Intan Syahida, 22, maut di tempat kejadian.
Turut maut ialah Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22.
Tengku Ahmad Faiz dan Asma merupakan sepupu Nurul Intan Syahida. Sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuala Terengganu, Terengganu.
Difahamkan, salah seorang mangsa putus kepala. Kejadian itu juga mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kemalangan dikatakan berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Satria yang turun dari Bukit Antarabangsa gagal mengawal kenderaannya selepas mengalami masalah brek sebelum terlajak ke MRR2.
Katanya, kereta itu kemudian merempuh kabel pembahagi jalan sebelum memasuki laluan menghala ke Gombak.
Sumber : Kosmo 
Reply To This Comment

Tiz Zaqyah 'tayang' teman lelaki?



Tiz Zaqyah
Tiz Zaqyah
Tiz Zaqyah 'tayang' teman lelaki?
Tiz dan Daniel
Tiz Zaqyah 'tayang' teman lelaki?
"SAYA lebih tenang dan bahagia sekarang, bukan saya sengaja hendak menayang teman lelaki, tetapi adalah lebih baik begini daripada menyorokkannya," kata Tiz Zaqyah, 24, ketika bercerita mengenai keterbukaannya memaparkan gambar bersama 'buah hati' di laman sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, pelakon Cinta Jangan Pergi ini menegaskan, dia tidak pernah berniat menunjuk-nunjuk teman lelakinya kepada sesiapa.

"Saya rasa apa yang dilakukan adalah perkara normal seperti pasangan bercinta yang lain. Lagipun, bila saya tidak berahsia tentang perkara ini, saya rasa semuanya 'okey' jer.

"Bila orang dah tau, ia memudahkan perjalanan cinta saya, malah peminat juga menyokong dan faham dengan tindakan saya. Ramai yang bagi respons positif bila saya kongsi gambar kami bersama di Instagram," katanya ada juga yang kurang suka dengan perkara ini.

Jelas Tiz, dia sebenarnya tidak pernah menganggap apa yang dilakukan atas dasar seorang selebriti.

"Adakala saya lupa bahawa saya ada peminat, dan apabila gambar dimuat turun, saya tidak fikir tentang perkara lain. Bagi saya masing-masing punya cara sendiri," katanya yang menjalin hubungan cinta bersama pemilik nama Daniel Haziq ini.

Serik berahsia

Berbicara lanjut mengenai cinta barunya, akui aktres yang mempunyai senyuman cantik ini, dia sebenarnya serik apabila terlalu berahsia dan sukar berkongsi tentang percintaannya yang lalu.

"Apa yang berlaku dahulu adalah pengalaman dan saya mengaku memang saya tidak suka berkongsi cerita peribadi sebelum ini, namun saya sedar jika saya jujur serta berterus-terang begini, lebih kurang tekanan yang diterima.

"Lagipun, tiadalah yang sibuk bertanya itu dan ini, sebaliknya, kini mereka lebih gemar mengambil tahu akan perjalanan karier saya pula," katanya pernah popular menerusi drama bersiri Nur Kasih.

Ditanya bagaimana reaksi Daniel mengenai perkara ini, ujar Tiz, kekasihnya agak kekok apabila gambar mereka dipaparkan di Instagram.

"Apapun, dia okey dan dapat menerimanya secara terbuka, pada saya kita ada pilihan, sama ada kita takut dihakimi atau takut jujur. Jadi baik terus terang je," katanya tiada lagi yang hendak mengorek tentang kisah cintanya kini.

Dapat restu keluarga

Hampir 11 tahun berkawan dan tiga bulan menyulam cinta, akui Tiz, dia gembira kerana keluarga Daniel dapat menerimanya dengan baik.

Kata Tiz, dia dan Daniel juga sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing.

"Kami sekadar berjumpa untuk berkenalan lebih rapat sahaja, tiada sebarang persoalan mengenai kahwin wujud dalam pertemuan ini,

"Rasanya jauh lagi hendak bincang hal kahwin, tapi kalau ada jodoh memang saya nak kahwin dengan dia, doakan yang terbaik untuk kami," beritahu Tiz, dia dan Daniel sebenarnya bersekolah menengah bersama.

Berkongsi sikap kekasihnya pula, ujar Tiz, dia terpikat dengan Daniel kerana personalitinya yang sederhana.

"Dia seorang yang sangat pandai mengambil hati saya, selain itu dia sering mengalah dan sentiasa memahami diri saya.

"Lagipun, sikap kelakarnya membuatkan saya yang seperti 'api' ini mudah dikawal, sebab itulah saya selalu menyamakan saya dengan 'api' dan dia pula 'air'," katanya ditemui sebagai duta kempen kesedaran kanser serviks May Cares For You.

Kempen kesedaran kanser

Tidak tertumpu kepada cerita cinta sahaja, duta May ini sempat berkongsi pengalaman mengenai kempen kesedaran kanser serviks yang diikutinya.

Jelas Tiz, ketika mula-mula ditanya mengenai kanser serviks, pengetahuannya hanya sekadar 30 peratus sahaja.

"Saya fikir saya masih muda dan mengikut sejarah keluarga pula, tiada seorang pun yang menghidap penyakit ini, sebab itulah kesedaran mengenainya sangat kurang, sedangkan penyakit ini pembunuh nombor dua rakyat Malaysia dan statistik menunjukkan wanita Asia paling ramai menghidapi penyakit ini," katanya mendapat pelbagai pengetahuan mengenai penyakit ini sejak terlibat dengan kempen itu.

Tambahnya, dia kini semakin berjaga-jaga lebih-lebih lagi mendapat tahu, kanak-kanak seawal usia 9 tahun turut dijangkiti penyakit ini.

"Takut juga bila mendengarnya, jadi saya mengambil langkah untuk lebih mengambil berat tentang kanser serviks kini," katanya mengikuti kempen tersebut yang dijalankan di lima universiti termasuklah Asia Metropolitan, Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Malaya (UM) dan juga Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bercerita mengenai peranannya pula, ujar Tiz, selaku jurucakap, dia juga sempat berkempen bersama dan mengajak pelajar universiti supaya jangan malu untuk menjalani pemeriksaan lanjut kanser serviks.

"Tidak semestinya bagi yang sudah berumah tangga, malah remaja dan wanita perlu peka mengenai penyakit ini," katanya gembira berpeluang bertemu ramai pelajar sewaktu menjalani kempen ini.

Ambil Suntikan HPV Virus

Sementara itu, sewaktu berada di kempen May Cares For You, Tiz juga turut disuntik vaksin HPV Virus bagi mencegah penyakit ini buat kali pertama.

Akui teruja dengan suntikkan yang diterima, jelas Tiz, pada awalnya dia agak takut ketika menerima suntikan itu.

"Perasaan saya memang macam-macam, menggigil juga sebenarnya, lagipun masa nampak jarum tu memang tak boleh nak kawal perasaan takut.

"Pun begitu, selepas disuntik, rasa sakit tu takde pun, walaupun doktor kata tangan akan kebas, tapi saya rasa okey je," katanya sambil menyeru wanita agar segara mengambil suntikan vaksin itu.
Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Wednesday 15 May 2013

Eina Azman Minta Ibu Afiq Muiz Mohon Maaf


Eina kesal namanya dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon Afiq Muzi sehingga menjejaskan nama dan reputasinya sebagai seorang artis.
SUBANG JAYA: Pelakon baru Eina Azman memberi tempoh seminggu kepada ibu kandung pelakon Afiq Muiz, Hasliza Mohd untuk memohon maaf secara terbuka melalui media berikutan menuduhnya mengambil kesempatan terhadap pelakon tersebut.
Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 18, kesal namanya dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama dan reputasi sebagai seorang artis.
"Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri.
"Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adiknya yang turut memburukkan saya di twitter setiap hari," ujarnya ketika ditemui di sidang media, di sini, Selasa.
Eina berkata demikian ketika mengulas pendedahan eksklusif ibu Afiq Muiz di mStar Online pada Selasa yang mendakwa pelakon wanita itu sebagai punca kepada perubahan sikap Afiq.
Jelas Eina, dia sebaliknya sering menasihatkan Afiq agar sentiasa mendahulukan keluarga dan berbincang masalah dalaman keluarga mereka secara baik.
"Emak dia pernah telefon saya dan marah-marah tuduh saya macam-macam disebabkan itu saya mesej mak dia, namun menggunakan bahasa baik dan bukan ugutan.
"Tujuan saya ingin menjernihkan keadaan dan supaya dia tidak berperasangkan buruk terhadap saya, itu pun sekali sahaja," katanya.
Sementara itu, ibu kepada Eina, Amy Roshaida Abdul Rafel, 46, berharap ibu pelakon lelaki tersebut menerima kembali anaknya dan tidak memanjangkan hal itu.
"Sebagai seorang ibu, saya memahami situasi dan perasaan dia tapi pada saya, dia perlu berbincang sebelum mendoakan keburukkan anaknya kerana baik dan buruk doa seorang ibu akan dimakbulkan Allah.
"Saya berharap dia terima kembali anaknya dan memaafkan segalanya," katanya.
Dia turut kesal kerana perkara tersebut turut melibatkan Eina dan secara tidak langsung memburukkan nama keluarga mereka.
"Sebagai ibu saya turut terasa jika mereka tuduh anak saya kikis dan kurang ajar dan Eina baru bertapak dalam industri tetapi macam-macam pula kontroversi yang kena pada dia," katanya.
Mengulas tentang hubungan pasangan pelakon yang dikatakan sedang hangat bercinta, katanya, pasangan itu hanya sebagai kawan rapat dan tidak lebih daripada itu.
"Selama ini saya diam orang bercakap mereka bercinta, tapi sebenarnya mereka kawan rapat dan saya tahu Afiq banyak kongsi masalah dengan Eina dan saya sendiri.
"Dia minta pendapat saya sebagai orang tua bagaimana untuk selesaikan masalah keluarganya dan saya nasihatkan dia agar balik kepada keluarga kerana buruk baik seorang ibu, syurga itu tetap dibawah tapak kakinya," ujarnya.
Tambahnya, Eina masih muda dan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan baru mula membina kerjayanya.
Sumber : mStar Online
Reply To This Comment

"Saya Dihalau Ibu, Bukan Anak Derhaka" - Afiq Muiz


Afiq Muiz - Foto UTUSAN
SUBANG JAYA: Pelakon Afiq Muiz menyangkal dakwaan ibu kandungnya Hasliza Mohd, 48, bahawa dirinya mula berubah sikap dan lupa diri selepas bergelar pelakon.
Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21, turut menafikan keluar dari rumah dan membuang keluarga serta adik beradiknya, sebaliknya mendakwa dia dihalau oleh ibunya sejak awal tahun lalu.
"Saya tidak keluar rumah dan tidak pernah buang keluarga tetapi Umi yang halau saya keluar dari rumah itu.
"Saya juga tidak tahu apa motif Umi cakap saya anak derhaka, apa salah saya?, Umi sudah tidak sayangkan saya lagi," katanya sambil menitiskan air mata ketika sidang media, di sini, pada Selasa.
Pelakon drama Mimpi Cinderella itu menjelaskan sebelum ini terdapat salah faham dan masalah dalaman keluarga antara dia dan ibunya sehingga berlaku perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara mereka.
"Saya sayang ibu dan adik-adik saya, selama ini saya bekerja memang untuk menanggung keluarga tapi mereka tidak faham keadaan saya.
"Setiap hari kalau saya balik rumah, dia sentiasa marah-marah saya dan kata macam-macam tapi saya tetap balik rumah hingga dia betul-betul halau dan saya nekad untuk keluar rumah," katanya.
Afiq kecewa dipanggil anak derhaka - foto Utusan
Beliau menyatakan rasa kecewa apabila segala pengorbanannya seperti tidak dihargai keluarga, malah ahli keluarganya tidak pernah bertanya tentang keadaan kesihatannya.
"Saya keluar rumah kerana mahu buktikan pada Umi bahawa saya boleh berjaya, tapi dia pula menganggap saya anak derhaka dan mendoakan keburukkan kepada saya," ujarnya yang mengakui keadaan kesihatan yang semakin terjejas serta mengalami muntah berdarah baru-baru ini.
Sementara itu, Afiq turut menafikan teman rapatnya, pelakon Eina Azman menjadi punca hubungan kekeluargaan antara dia dan keluarganya semakin bertambah buruk.
"Saya marah ibu dan adik-adik saya kerana menuduh Eina berkawan dengan saya sebab mahu kikis duit saya, padahal secara jujurnya tiada apa pun yang saya ada.
"Saya tiada duit atau harta yang nak diberikan kepada dia, dia sendiri mampu kerana dari keluarga yang berada. Saya minta adik-adik saya berhenti dari mengutuk Eina di laman sosial kerana akan menjejaskan nama baik dia.
"Tapi emak dan adik-adik tidak faham dan tetap mengutuk Eina, saya sendiri malu dengan keluarga dia," katanya yang mengakui agak rapat dengan keluarga wanita itu.
Ditanya tentang duit bernilai RM30,000, Afiq berkata ia adalah duit kontrak daripada sebuah syarikat penerbitan dan telah dibelanjakan untuk urusan penyewaan rumah barunya.
"Saya guna duit itu untuk urusan rumah baru dan barang-barang kelengkapan rumah saya serta diri sendiri dan ada selebihnya untuk simpanan.
"Saya tidak beri duit itu pada Eina seperti mana Umi dan adik-adik saya sangkakan," katanya.
Tambah Afiq, dia meminta agar ibunya berhenti memburukkan namanya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik.
"Saya seboleh-bolehnya memang tidak mahu orang luar tahu perkara ini kerana ia memalukan keluarga sendiri. Saya mahu ia diselesaikan cara baik dan berharap agar ibu berhenti berperasangka buruk terhadap dirinya dan keluarga Eina," katanya.
Terdahulu, mStar Online pada Selasa membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq Muiz meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu.
Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman.
Sumber : mStar Online
Reply To This Comment

Tuesday 14 May 2013

Ibu Dedah Afiq Muiz Buang Keluarga


Ibu Afiq Muiz berharap agar pelakon itu kembali pulang ke pangkuan keluarga. Foto SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: "Dia sudah berubah... seperti anak derhaka," luah Hasliza Mohd, 48, ibu kepada pelakon baru Afiq Muiz yang benar-benar kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.
Hasliza berkata tatkala ibu-ibu lain menerima ucapan gembira daripada anak anak mereka sempena sambutan Hari ibu pada Ahad lalu, dia tidak berpeluang meraikannya seperti itu.
"Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni.
"Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu," ujar Hasliza sebak meluahkan rasa hatinya secara eksklusif kepada mStar Online ketika ditemui di sebuah restoran di Cheras pada Isnin.
Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq, 20, yang disifatkannya sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.
Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq yang disifatkannya sudah lupa diri.
Malah pelakon remaja itu juga sudah tidak lagi tinggal bersama ibunya tetapi memilih untuk hidup berdikari bersama rakan-rakannya yang lain.
Hasliza berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya.
"Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan ini kepada media akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq.
"Tetapi rasanya inilah saja cara untuk dia (Afiq) membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah.
"Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya.
"Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu," katanya.
Lebih daripada itu ibu ini mendedahkan, dia turut menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasih Afiq yang berbaur ugutan dan kasar bahasanya.
Afiq Muiz menafikan dia dan keluarganya sedang mempunyai masalah gara-gara kekasihnya itu.
Soalnya, adakah itu caranya seorang wanita menghormati orang yang lebih tua?
Malah lebih terharu Hasliza hanya mengetahui kononnya Afiq hendak berumahtangga menerusi laporan media.
Tambah Hasliza lagi dia turut terperanjat apabila membuat semakan menerusi akaun bank Afiq, anaknya itu telah menghabiskan wang RM30, 000 dalam masa sebulan.
"Saya sanggup membuat apa saja agar Afiq kembali ke pangkuan kami dan saya mahu dia kembali sedar asal usulnya yang datang dari keluarga susah. Ingat jasa ibu, ayah dan adik-adik ketika kami sama-sama mahu namanya naik dalam industri seni.
"Saya sayangkan dia dan hanya mahu dia kembali seperti dulu. Kerana dia salah seorang anak yang soleh dan tidak pernah melukai hati ibu bapanya," katanya.
Sebelum mengakhiri pertemuan dengan mStar Online, Hasliza berharap pendedahan ini akan membuka hati anaknya itu untuk berubah.
"Afiq... Umi (ibu) sayang Afiq. Jangan tinggalkan Umi... kembalilah pada Umi dan ingatlah... syurga itu di bawah telapak kaki ibu," katanya sedih.
Sementara itu Afiq yang dihubungi berkata, dia dan ibunya tidak mempunyai sebarang masalah dan merasakan ada pihak yang cuba memburuk-burukkan dia kepada keluarga dan pihak media.
"Saya tak ada masalah dengan ibu dan keluarga yang lain. Siapa yang pandai-pandai buat cerita seperti ini?
"Kenapa mereka mahu memburukkan saya? Gosip seperti ini membuatkan saya tertekan dan kalau boleh saya tidak mahu layan lagi," tegasnya.
Sumber : mStar Online
Reply To This Comment

‘Maafkanlah Sakinah’


Kuala Lumpur: “Tolong maafkan dia (Sakinah) kerana dia masih muda.
“Niat Sakinah hanya bergurau, bukan meraih publisiti murahan atau berkongsi mengenai pakaian dalam,” kata Sharifah Shahira, kakak kepada pelakon, Sharifah Sakinah, 24, yang memohon maaf atas tindakan adiknya memuat naik video di laman sosial Keek minggu lalu apabila meluahkan cerita mengenai warna pakaian dalamnya.
Tindakan memalukan itu mencetuskan kontroversi panas apabila Sharifah Sakinah dikecam pengguna di laman sosial itu dan YouTube sejurus kebanyakan mereka menyifatkan tindakan berkongsi pakaian dalam sebagai keterlaluan dan amat memalukan.

Sharifah Shahira dihubungi semalam memohon maaf berhubung kejadian itu dan menegaskan adiknya sekadar bergurau.
Foto
SHARIFAH Sakinah

“Saya cukup mengenali Sakinah. Dia hanya bergurau dan hanya ‘test market’ yang akhirnya memakan diri.
Sumber : Harian Metro
Reply To This Comment

Lelaki dakwa hospital cuai sebab kematian bayi 14 bulan



Lelaki dakwa hospital cuai sebab kematian bayi 14 bulan
Lee Ying En
Lelaki dakwa hospital cuai sebab kematian bayi 14 bulan
Sing Loong dan isterinya Yan Hua menunjukkan imbasan X-tray dan laporan polis berhubung dengan kejadian malang yang meragut nyawa bayi perempuan mereka.
KUANTAN- Sepasang suami isteri dari Taman Jaya, Kampung Jawa di sini tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebuah hospital kerajaan sehingga menyebabkan bayi perempuan mereka meninggal Ahad lalu.
Lee Sing Loong, 40, dan isterinya, Lu Yan Hua, 37, mendakwa kecuaian pihak hospital merawat bayi mereka  Lee Ying En, 14 bulan yang pada mulanya disahkan demam dan batuk biasa sedangkan sudah sebulan mereka mendapatkan rawatan di hospital itu.
Menurutnya, walaupun pelbagai ujian telah dilakukan ke atas anaknya itu, pihak hospital masih mengatakan anak mereka demam biasa.

Sing Loong yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, kali pertama anak keduanya itu dimasukkan ke wad hospital berkenaan selama seminggu bermula 3 April lalu.
"Balik ke rumah dia demam semula sebelum dia dimasukkan semula ke wad pada 16 hingga 22 April dan 28 hingga 30 April dengan pelbagai ujian dilakukan termasuk pemeriksaan x-ray, darah dan air tulang belakang, namun saya hanya dimaklumkan dia demam biasa.

"Saya tidak sedap hati lalu membawa anak saya ini ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan pakar dan doktor di sana mengesahkan sebahagian paru-paru anak ada jangkitan kuman,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya, dia segera membawa anaknya kembali mendapatkan rawatan lanjut di hospital kerajaan akibat kekangan kewangan untuk meneruskan rawatan di hospital swasta dan bayi berkenaan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Sejak ditempatkan di ICU pada Khamis lalu suhu badannya tidak pernah turun iaitu 39 darjah celcius dan akhirnya dia meninggal pada pukul 7.22 petang semalam (Ahad).
"Saya kecewa kerana jururawat dan doktor tidak profesional dan saya juga percaya masalah ini berpunca kerana isteri yang menjaga anak tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa
Melayu kerana berasal dari Shenzen, China.

"Isteri beritahu setiap kali dia panggil jururawat mereka tidak menghiraukannya kerana mungkin tidak faham apa yang diperkatakannya,” jelasnya sambil memberitahu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada jam 11.31 malam, semalam.

Tambahnya, dia mahukan penjelasan daripada pihak berkenaan kerana mereka tidak memaklumkan sebarang penyakit yang serius melainkan demam biasa sedangkan laporan hospital swasta sebaliknya.

Nasib Sing Loong mendapat perhatian daripada Adun Teruntum Sim Chon Siang dan beliau turut kesal jika kejadian ini berlaku disebabkan oleh kecuaian pihak hospital.

Sementara itu juga, beliau juga akan berjumpa dengan pihak pengurusan hospital berkenaan untuk mengetahui situasi sebenar yang berlaku serta berharap agar ia tidak terjadi kepada orang lain.
Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Monday 13 May 2013

Orang Jepun pandai baca tulisan jawi



"BAHASA Melayu dan tulisan Jawi sangat dekat dengan diri saya. Rugi jika anak-anak muda sekarang tidak merasai keindahan yang merangkumi sosio budaya tradisi nenek moyang mereka," ujar Prof. Madya Dr. Yamamoto Hiroyuki, 46.
Sekali imbas, pasti ramai yang tidak menyangka lelaki warganegara Jepun itu mampu bertutur dengan fasih dalam Bahasa Kebangsaan. Malah patah bicaranya lebih Melayu, jika dibandingkan dengan sesetengah remaja kelahiran Malaysia sendiri.
"Rasa kecintaan kepada bahasa Melayu itu terbit apabila saya mengikuti program pertukaran pelajar ketika berusia 17 tahun," ujarnya memulakan butir bicara.
"Saya tinggal di Malaysia bersama keluarga angkat berketurunan Baba Nyonya dari Melaka iaitu Henry Tan di Kluang, Johor dan bersekolah tingkatan enam atas di Sekolah Tinggi Kluang," imbas pensyarah di Centre for Integrated Area Studies (CIAS), Universiti Kyoto, Jepun. Institusi pengajian kedua tertua di negara Matahari Terbit itu merupakan antara universiti terbaik di Asia. Ia melahirkan ramai pengkaji yang diiktiraf setinggi Anugerah Nobel sebanyak lapan kali.
Selama setahun berada di Malaysia, ia banyak membuka mata dan hati Yamamoto untuk mempelajari budaya dan sastera yang merangkumi bumi nusantara.
"Tempoh masa itu belum cukup buat saya untuk memahami secara mendalam susur galur dunia Melayu Nusantara," ujar Yamamoto ketika ditemui di majlis Kajian Manuskrip Jawi anjuran bersama Klasika Media, Kota Buku dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dewan Jumaah, UTM, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Justeru, ketika menuntut di Universiti Tokyo, anak kelahiran Chiba, Jepun itu mengambil kursus bahasa Melayu Indonesia selain memperbanyakkan pembacaan naskhah-naskhah lama.
Pembacaannya itu juga atas tuntutan jurusan yang diambil iaitu sejarah perkembangan kebudayaan dan nasionalisme di negara-negara Islam sekitar Asia Tenggara.

SALAH satu projek terbaharu Yamamoto bagi mendukung serta menguasai lagi tulisan Jawi adalah dengan menterjemah 10,000 muka surat majalah Qalam ke tulisan rumi.


Kembali sebagai pensyarah
Selepas menamatkan pelajaran di Universiti Tokyo, dia kembali ke Malaysia pada tahun 1998. Kali ini, dia datang sebagai seorang pendidik di samping mempelajari sejarah dan struktur budaya khususnya di Sabah.
"Sewaktu berada di Sabah, saya tinggal bersama keluarga angkat daripada suku kaum Melayu Brunei ketika menjadi pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Awang Ahmad Awang Piut di Membakut, Sabah.
"Saya bertugas sebagai pensyarah di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), UMS selama tiga tahun. Kuliah pengajaran saya meliputi sejarah moden Sabah serta Tamadun Islam dan Tamadun Asia," tambah Yamamoto.
Pada masa sama, jangka masa itu digunakan sebaiknya Yamamoto untuk mendekati masyarakat setempat dan mengeratkan lagi hubungan bersama mereka.
Yamamoto banyak membuat kajian mengenai cara kehidupan kaum etnik, ekonomi dan semangat nasionalisme yang berada dalam kelompok masyarakat Sabah. Melalui pengamatan celiknya itu, terhasil beberapa buah buku ilmiah yang kini menjadi rujukan pelajar-pelajar pengajian tinggi.
Antara kajian Yamamoto yang diterbitkan ialah Harvesting an Identity (2002), Foreigners' Nationalism in Malaysia: Donald Stephens and K. Bali in Making of Sabah Nationhood (2001) dan From Bornean Federation to Malaysia: Analysis of 'Stephens' Merdeka Plan (1999).
"Saya memilih Malaysia khususnya Sabah kerana saya fikir Malaysia akan menjadi teladan untuk dunia dari segi pembentukan masyarakat majmuk.
"Keunikan atau kekuatan masyarakat Malaysia pada saya adalah percampuran atau pengubahsuaian unsur kebudayaan dalam masyarakat seperti bahasa, makanan, pakaian, cara hidup dan lain-lain," jelas Yamamoto.
Akuinya lagi, unsur budaya diwarisi daripada asal-usul tamadun masing-masing, seperti cara hidup orang Melayu dipengaruhi oleh cara hidup wilayah Arab, orang Cina dari negara China dan orang India dari negara India. Namun begitu, setiap kaum tidak hanya menyalinkan amalan di wilayah-wilayah tersebut, tetapi menyesuaikan dengan keadaan tempatan.
Karya-karya sastera tulisan anak tempatan seperti K. Bali dan Amil Jaya juga menjadi rujukan tambahan kepada Yamamoto yang dianggapnya berjaya membawa mesej perpaduan kesepaduan hidup masyarakat majmuk.
"Mengambil contoh tulisan-tulisan Amil Jaya yang banyak mengutarakan persoalan mengenai pertembungan hidup yang berbeza pegangan kepercayaan di Sabah. Ia tidak diakhiri dengan pergaduhan atau pertengkaran, malah penduduknya sepakat hidup secara aman," jelas Yamamoto.

YAMAMOTO (kanan) bersama keluarga angkatnya, famili Awang Awang Piut (dua dari kanan) di Membakut, Sabah.


Dia kini dalam usaha untuk menterjemahkan majalah Qalam keluaran tahun 1950-an hingga 1960-an kepada tulisan rumi. Projek itu diusahakan sejak dua tahun bersama Klasika Media yang berpusat di Kuala Lumpur.
"Ia mengambil masa panjang kerana tulisan Jawi yang digunakan menggunakan bahasa lama. Oleh demikian saya mendapatkan bantuan daripada Klasika Media untuk proses transliterasi. Setakat ini hampir separuh daripada 10,000 muka surat telah diterjemahkan," ujarnya.
Menurut Yamamoto, majalah Qalam dipilih kerana tempoh masa penerbitan naskhah itu menunjukkan semangat nasionalisme yang tinggi di Semenanjung Malaysia.
Belajar membaca Jawi
Klasika Media merupakan sebuah kegiatan perniagaan yang berasaskan penyelidikan dan penerbitan khazanah khususnya dalam bidang Jawi.
Walaupun belum berapa mahir dalam manuskrip Jawi, Yamamoto boleh membaca Jawi dengan baik hasil pembelajarannya sendiri.
"Saya belajar membaca Jawi berpandukan buku-buku seperti Belajar Tulisan Jawi terbitan Fajar Bakti tahun 1977 dan juga buku-buku tulisan pendeta Za'ba," kata Yamamoto. Dia berpendapat tulisan Jawi perlu dipermudahkan supaya golongan muda mudah mendekati warisan berharga tersebut.
"Di negara Jepun sendiri, jelasnya, beberapa aksara klasik sudah dimodenkan kerana tidak lagi dapat difahami oleh generasi muda," jelas Yamamoto.
Dia berpendapat bahawa ramai yang menganggap amalan pemodenan itu sebagai satu kecacatan kerana tidak mengikut amalan asal atau tulen.
"Saya melihat bahasa Melayu semakin berkembang dan selari dengan arus modenisasi. Penerapan bahasa-bahasa luar perlu dilihat sebagai satu proses perkembangan linguistik yang positif untuk kelangsungannya," ujar Yamamoto mengulas survival bahasa Melayu dan tulisan Jawi dalam kemajuan dunia moden.
pirateman : Orang Jepun pun pandai baca tulisan jawi. Orang Islam Malaysia ni belum tentu 100% yang pandai baca tulisan jawi. malu tak??? ;)
Sumber : Kosmo
Reply To This Comment